Pelajar Didenda Gara-Gara Memakai Kurta Semasa Majlis Hari Raya

160

PETALING JAYA – Majlis sambutan hari raya di sekolah adalah satu acara yang dinanti-nantikan terutamanya pelajar kerana mereka boleh ‘melaram’ dengan pakaian semasa Aidilfitri lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Bagaimanapun, lain pula kisah yang berlaku di sebuah sekolah apabila pihak sekolah melarang pelajarnya memakai kurta.

Menerusi perkongsian seorang individu di laman Facebook, sekolah terbabit telah mengenakan denda terhadap pelajar yang memakai kurta semasa menghadiri majlis sambutan hari raya.

Lebih malang lagi, mereka dikehendaki berdiri di tapak perhimpunan dan tidak dibenarkan sama sekali menyertai majlis itu.

Jelas individu itu, pelajar berkenaan hanya dibenarkan masuk ke kelas selepas jamuan itu hampir selesai dan saki baki makanan pun hanya tinggal sedikit.

“Apakah ini tanda raikan murid? Apakah perasaan murid yang ‘excited’ untuk hadirkan diri ke sekolah tetapi diberi hukuman begini?

“Apakah perasaan guru jika anak guru sendiri yang didenda di sekolah yang bukan guru itu mengajar,” soal individu itu.


Susulan perkongsian tersebut, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pihak sekolah yang telah mengenakan denda yang dianggap mereka tidak munasabah.

“Nama pun jamuan hari raya, pakai la baju apa pun. Cikgu pun jangan lurus sangat, nak bagi murid-murid gembira,”tulis Mohmad Nasir Bin Hassan.

“Nama pun meraikan hari raya, bukan majlis formal VVIP. Tak sepatutnya jadi isu, kalau tak boleh pakai kurta, bagi tahu awal, daripada denda murid macam tu, nampak sangat guru bermasalah,”kata Ann Sahri.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Noor Aida Sedi.

“Kalau murid ada sehelai kurta tu je untuk raya, takkan la nak beli baju melayu pulak semata-mata untuk jamuan hari raya sekolah,”luahnya.

-Kosmo Online