Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh...

LELAKI maut apabila motosikal ditunggang berlanggar dengan kereta model Ferrari F430 di Kilometer...

Waze Papar Suara Tony...

KUALA LUMPUR - Aplikasi pengemudian serta trafik masa sebenar, Waze, kini memaparkan ciri...

1MDB: Hentikan Tuduhan, Pelan...

PUTRAJAYA - Parti pembangkang perlu berhenti daripada bermain politik sebaliknya, menerima hakikat bahawa...

Anak Bazli UNIC Meninggal...

KUALA LUMPUR - Anak kepada penyanyi nasyid UNIC, Bazli Hazwan Osman meninggal dunia...

Pelajar Ceria Nikmati Semula Elektrik Selepas 112 Hari

TIDAK dapat digambarkan bagaimana gembiranya pelajar di Academia Bautista de Puerto Nuevo di Puerto Rico selepas bekalan elektrik disambungkan semula setelah 112 hari terputus akibat taufan Maria yang melanda negara itu pada 20 September lalu.

Gambar-gambar dan video yang menunjukkan pelajar dan guru bersorak keriangan selepas elektrik disambung semula pada 11 Januari lalu kini menjadi tular.

Mereka gembira kerana selepas beberapa bulan belajar dalam keadaan sumber yang terhad, akhirnya keadaan berubah.

“Selepas ketiadaan elektrik selama empat bulan, waktu persekolahan terpaksa dipendekkan dan guru-guru pula tidak boleh menggunakan teknologi untuk tujuan pembelajaran.

“Namun menakjubkan kerana pelajar dan guru tetap terus belajar serta bekerja apatah lagi apabila ada pelajar yang terpaksa mengalami gangguan bekalan elektrik bukan hanya di sekolah malah di rumah mereka juga,’’ kata pengarah sekolah, Josué Gómez.

Menurut Gomez, selepas 112 hari, pelajar dan guru sudah penat dengan keadaan tersebut tetapi apabila bekalan elektrik disambung semula, ia merupakan satu kegembiraan.


“Tetapi pada masa sama ia membuatkan saya terharu melihat reaksi pelajar terhadap benda asas yang tidak mereka nikmati selama lebih 100 hari,’’ katanya.

Taufan Maria telah membunuh 64 orang namun kini angka berkenaan dikatakan meningkat hampir 1,000 orang. – MYNEWSHUB.CC

Kategori