Pelajar Cantik Manis Julang Nama Malaysia Di AS

KUALA LUMPUR – Bukan setakat cantik bak Puteri Gunung Ledang, malah bijak seperti Hang Nadim. Itu gambaran yang boleh diberikan kepada Nurul Jannah Zamberi, 23, yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan di Rutgers University, Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan eWarta Mara yang memetik Mara Washington, anak sulung daripada tiga adik-beradik itu menerima pengiktirafan tertinggi dengan pencapaian Cum Laude atau The Highest Honors selepas memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.95.

“Nurul Jannah memperoleh tempat pertama daripada 110 orang graduan Biomedical Engineering dan dinobatkan sebagai Samuel Welkowitz Award.

“Beliau juga berjaya memasuki senarai khas pelajar cemerlang yang digelar ‘Matthe Leydt Society’ dengan pencapaian tertinggi di sepuluh universiti terbesar di New Jersey,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, seorang lagi anak tempatan, Maryam Balqis berjaya mengharumkan nama negara di Arizona State Universiti, AS selepas memperoleh CGPA 4.00. – UTUSAN ONLINE

Loading...