Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Percaturan Menakutkan Oleh 17...

KUALA LUMPUR - Culik orang kenamaan, serang lokasi strategik dan seterusnya tubuhkan rejim...

‘Saya Orang Parti! Darah...

KUALA LUMPUR: "Jati diri saya adalah jati diri UMNO. Siapalah Ismail Sabri tanpa...

Bertuah.. Kucing Gebu Ini...

KUCING gebu ini mungkin antara kucing peliharaan paling bertuah di dunia. Mana tidaknya, kucing...

Zamani Akhirnya Bersanding Atas...

KUALA LUMPUR - Vokalis Slam, Zamani seperti bermimpi apabila  diberi kesempatan bersanding di...

Pelajar, Buruh Maut Motosikal Bertembung

LANGKAWI : Seorang pelajar dan buruh maut selepas motosikal yang mereka tunggangi bertembung dalam satu kemalangan di Kampung Kumpulan, Jalan Ulu Melaka di sini malam semalam.

Dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 10.40 malam itu, mangsa, Ku Nur Shahrizal Ku Nor Sazali, 16, merupakan pelajar dan Anas Ali, 28, warganegara Myanmar bekerja buruh maut di tempat kejadian.

Ku Nur Shahrizal berasal dari Kampung Atas, Mukim Padang Matsirat manakala Anas yang bekerja buruh dari Kampung Pasir Hitam, Air Hangat di sini.

Dua lagi mangsa iaitu isteri Anas, Artiyah Lashidullah, 20, yang merupakan pemegang Kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dan anak mereka, Nadiyah Anas, 5, cedera parah dan kini mendapat rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Ku Nur Shahrizal yang menunggang laju motosikal Yamaha 135LC memasuki arah bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang oleh Anas.

“Kesan daripada pertembungan itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.


“Isteri dan anak Anas yang membonceng motosikal itu pula tercampak lebih kurang lima hingga 10 meter dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, mayat Anas Ku Nur Shahrizal kemudian dibawa ke Unit Forensik HSM untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori