Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Emir Qatar Puji Malaysia...

DOHA - Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani memuji Malaysia yang...

Netizen Geli Geleman Tengok...

BARU-baru ini, netizen telah dikejutkan dengan gambar masakan yang dikongsi oleh seorang gadis...

3 Beranak Tidur Di...

KUANTAN - Kisah ibu yang terpaksa membiarkan dua anak perempuannya bermalam di lantai...

Firdaus Wong Saman Fitnah...

KUALA LUMPUR - Pendakwah Islam, Firdaus Wong Wai Hung mengambil tindakan saman fitnah...

Pelajar Boleh Bawa Peranti Mulai Tahun Depan

GENTING HIGHLANDS – Kementerian Pendidikan bakal membenarkan pelajar sekolah di seluruh negara menggunakan alat peranti kecuali telefon bimbit di sekolah, bermula awal tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata keputusan membenarkan penggunaan peranti secara terkawal di sekolah itu kini dalam peringkat akhir perbincangan termasuk penetapan garis panduan dan pengeluaran pekeliling.

Bagaimanapun katanya, telefon bimbit dikecualikan daripada kebenaran penggunaan alat peranti di sekolah kerana ia dilihat mampu mengganggu dan menjejaskan tumpuan pelajar di dalam kelas.

“Melihat kepada gelombang teknologi masa kini, kebanyakan negara maju sudah lama membenarkan penggunaan alat peranti di sekolah bagi memudahkan sesi pembelajaran dalam kelas.

“Apapun kementerian masih meneliti kaedah terbaik dalam mengawal penggunaan alat peranti termasuk hanya dikhaskan untuk masa dan subjek tertentu,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-24 di Institut Aminuddin Baki, di sini.


Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Sri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof.

Sebelum ini kementerian pernah bercadang membenarkan penggunaan alat peranti di sekolah bagi tujuan Pengajaran dan Pemudahcaraan dalam kelas mengikut masa dan subjek yang akan ditetapkan. – BH Online

Kategori