Pelaburan Baru Semakin Kurang Bawah PH Dan PN – Najib

DARI FB NAJIB RAZAK

GRAF pelaburan asing ke Malaysia ini dibuat The Star dengan berdasarkan data rasmi BNM dan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Garis hijau ialah jumlah pelaburan asing yang dilabur dalam negara.

Garis merah ialah jumlah pelaburan asing yang diambil keluar oleh pelaburan asing dari Malaysia melalui dividen yang dibayar, pengurangan modal dalam negara ataupun penutupan serta pemindahan kilang keluar dari Malaysia.

Angka-angka dalam graf pula ialah pelaburan asing bersih – iaitu pengaliran masuk tolak pengaliran keluar.

Graf ini jelas menunjukkan pelaburan baru ke Malaysia sebelum PRU14 adalah mantap dan tinggi namum semakin kurang bawah PH dan PN.

Apa yang membimbangkan dalam graf ini ialah garis merah telah melonjak naik pada tahun lepas dan sudah hampir sentuh dengan garis hijau.

Jika trend berterusan dan garis merah melepasi garis hijau, negara kita akan dalam bahaya sebab lebih banyak kilang dan pelaburan asing akan ditutup dan dana di bawa keluar berbanding kilang baru dibuka dan dana di bawa masuk.