Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Azmin Disambut Lesu 50...

HAMBAR... Setelah berkelana hampir seminggu ke luar negara, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri...

Priyanka Gesa Dunia Bantu...

DHAKA - Bintang Bollywood, Priyanka Chopra menggunakan kemasyhurannya bagi menarik pemimpin dunia dan...

Kalimah Nama ALLAH Pada...

PUTRAJAYA - Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN)...

Da’i Izzhar Jelaskan Isu...

PENGACARA Awal Ashaari menjelaskan solatnya sah memandangkan perubahan warna rambutnya menjadi putih itu...

Pelabur Britain Tidak Percaya ‘Cakap’ Mahathir!

PADAH… Pada 24 September lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan angkuh mendakwa konon bertemu pengasas syarikat teknologi tinggi Britain, Sir James Dyson yang bakal labur di Malaysia.

Perdana Menteri usia tertua di dunia itu malah dengan nada sombong ketika ditemui pemberita Malaysia yang buat liputan lawatan rasminya ke London berkata, firma tersebut akan bina kilang berbilion-bilion ringgit di negara ini.

Lucunya, Mahathir, 93, terpaksa keluar kenyataan pelik itu apabila sedar beliau jadi bahan kutukan netizen anti-Pakatan Harapan (PH) yang kritik program lawatan ke negara tersebut sebagai ‘berjaya’ bazir duit rakyat marhaen.

Apa tidaknya, Pengerusi PH itu langsung gagal membawa balik sebarang pelaburan asing, apatah lagi pemeteraian memorandum persefahaman sebagaimana lazim dilakukan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ironi, Mahathir tidak bawa berita gembira setiap kali melawat negara tertentu sejak jadi perdana menteri buat kali kedua, bahkan ramai warga Malaysia di luar negara kesal beliau cuma kutuk pentadbiran lalu tanpa ada idea baharu.

Tindakan biadab Mahathir itu termasuk perlekeh imej Najib dan momok hutang negara diwarisi daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu konon RM1 trilion jelas telah ‘menakutkan’ pelabur asing untuk datang ke Malaysia.

Terbaharu, ketika Mahathir pergi ke Thailand untuk lawatan rasmi selepas misi ke Jepun, China, Indonesia, Brunei, Amerika Syarikat (AS) dan Britain hanya mampu catat sifar pelaburan, beliau ‘dikejutkan’ dengan berita dari Dyson.

Syarikat ternama diasaskan sejak 1991 dan memiliki lebih 8,000 pekerja itu semalam dilaporkan bakal melabur £2 bilion (RM10.7 bilion) di Singapura untuk pusat pengilangan kereta elektrik baharu yang dijangka siap pada 2020.

Dyson sudah ada sekitar 1,100 kakitangan di Pusat Teknologi Singapura yang baharu terletak di Science Park One, serta Pusat Pengilangan Lanjutan di West Park dengan penghasilan alat motor elektrikal untuk tujuan eksport.

Ketua Pegawai Eksekutif Dyson, Jim Rowan, berkata: “Keputusan mengenai lokasi kilang kereta elektrik kami ini adalah rumit berdasarkan rangkaian bekalan, akses pasaran dan kepakaran yang boleh bantu kami capai cita-cita.


“Saya berbesar hati untuk memaklumkan bahawa Lembaga Dyson sudah memutuskan pusat pengilangan kereta elektrik kami yang pertama akan ditempatkan di Singapura. Memang Singapura memiliki paras kos agak tinggi.

“Namun ia ada daya tumpuan dan banyak kepakaran teknologi. Maka, ia adalah tempat terbaik untuk menghasilkan mesin teknologi bermutu tinggi dan lokasi amat baik untuk membangunkan kenderaan elektrik kami,” kata Rowan.

Berita itu turut disahkan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerusi akaun sosial Facebooknya hari ini dengan dedah beliau ada bertemu James di Britain bulan lalu bagi tarik minat pelaburan Dyson ke republik tersebut.

Hakikatnya, pengumuman Dyson di London yang turut dipetik secara luas semua agensi berita antarabangsa itu nyata ‘memalukan’ Mahathir kerana akhir bulan lalu baru sahaja lawat ibu pejabat dan kilang induknya di Britain.

Bayangkanlah jika syarikat gergasi negara itu sendiri yang sepatutnya melabur di Malaysia tetapi tiba-tiba berubah kepada Singapura, ia sebenarnya beri isyarat jelas bahawa firma Britain tidak lagi percaya kepada ‘cakap’ Mahathir.

Malah kerajaan Britain sendiri kekal hubungan baik dengan UMNO menerusi lawatan Timbalan Menteri Luar Hal-Ehwal Asia-Pasifik dan Komanwel Britain, Mark Field ke atas Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi awal bulan ini.

Sementelahan, UMNO dan Konservatif yang memerintah Britain ketika ini sudah lama jalin kerjasama erat sejak Malaysia capai kemerdekaan pada 1957, bahkan masih diteruskan waima PH menang Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Jika ‘mesej sinis’ Dyson diterjemahkan dalam bahasa mudah, ia beri maksud, pelabur Britain secara tersirat tidak pun sanggup ambil risiko datang ke Malaysia yang dipimpin kerajaan cacamarba tanpa hala tuju jelas! – Mynewshub.TV

Kategori