Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

IS Didakwa Seludup Pengganas...

JAKARTA - Pengarah Badan Antipengganas Kebangsaan (BNPT), Saud Usman Nasution memberitahu, kumpulan Negara...

Sukar Angkut Mayat, Jari...

MANILA - Semasa Marwan terbunuh dalam pertempuran bersenjata dengan komando polis awal pagi...

Bauksit Kampung Jeram Berserah...

KUANTAN - Kewujudan dua jentera jengkaut di Kampung Jeram Beserah di sini menimbulkan...

Kerajaan Sukar Tawar Harga...

KUALA LUMPUR - Sukar bagi kerajaan untuk menawarkan harga tinggi kepada pemilik tanah...

Pelabur Asing Lupus RM72 Juta Minggu Lalu

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM72 juta ekuiti tempatan dilupuskan oleh pelabur-pelabur asing minggu lalu.

Ia merupakan aliran keluar bersih paling rendah dalam tempoh 16 minggu.

MIDF Research berkata, bursa memulakan minggu lalu dengan aliran keluar sebanyak RM95.2 juta pada hari Isnin ketika bursa tempatan mencatatkan 1,622 mata.

Aliran keluar asing masih berterusan meskipun keuntungan dalam Indeks Pembinaan Kuala Lumpur, susulan pengumuman pelaksanaan semula Bandar Malaysia pada hari Jumaat, minggu sebelumnya.

Firma penyelidikan itu menambah, pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih buat kali pertama dalam tempoh sembilan hari dagangan apabila membeli sebanyak RM38.6 juta sebelum menambah kepada RM105.9 juta pada hari Rabu.

Kenaikan dana asing dalam bursa pada hari Rabu disebabkan peningkatan di Wall Street.

Pergerakan membeli dua hari berakhir pada hari Khamis apabila pelabur asing menjual RM113.7 juta ekuiti tempatan susulan ekuiti Amerika Syarikat susut daripada rekod tinggi.

Katanya, pelabur asing masih membeli dana tempatan di bursa tetapi pada paras minimum RM7.6 juta kerana sentimen pada hari Jumaat sebahagiannya disokong oleh perjanjian China untuk membeli lebih banyak minyak sawit dari Malaysia.


Dengan dua hari baki urus niaga pada bulan ini, April ditetapkan menjadi bulan yang menyaksikan aliran keluar bersih asing.

Setakat bulan ini pelabur antarabangsa telah melupuskan sebanyak RM1.21 bilion, dengan ini jumlah aliran keluar bagi tahun ini ialah RM2.56 bilion.

MIDF Research berkata, di antara empat pasaran ASEAN yang dipantau, Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai negara dengan aliran keluar bersih terbesar.

Manakala daripada tujuh pasaran Asia yang dijejaki, India menyaksikan kemasukan aliran dana asing terbesar, lebih daripada AS$9.5 bilion atau RM35 bilion menjelang pilihan raya bulan depan. – MalaysiaGazette

Kategori