Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelajar Tahfiz Cedera Dirotan...

SETIU - Seorang pelajar Tahfiz cedera di bahagian belakang badan selepas dirotan beberapa...

Langkah OPEC Potong Bekalan...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan mendapat manfaat daripada harga minyak mentah yang lebih...

8 Individu Termasuk 2...

SERDANG - Lapan individu termasuk dua wanita warga asing yang sedang leka berjudi...

Gempa Bumi Kuat Gegar...

TAIPEI – Seorang lelaki maut dan seorang lagi dimasukkan ke hospital semalam akibat...

Pekerja Syarikat Perhiasan Didakwa Merompak Di Kaunter Hotel

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja syarikat perhiasan rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan rompakan di kaunter khidmat pelanggan sebuah hotel bulan lepas.

P.Vikram, 23, didakwa merompak pekerja hotel, Muhammad Qayyum Johan, 22, dengan menggunakan sebilah pisau di kaunter khidmat pelanggan Hotel De’ Ideal, di Jalan Kepayang Off Jalan Kuching, Sentul, di sini pada 4.30 pagi, 4 Nov lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Aris Kamalluddin tidak mencadangkan sebarang wang jaminan namun sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, beliau memohon jumlahnya tidak kurang RM5,000 dengan syarat tambahan yang bersesuaian bagi menjamin kehadiran tertuduh ke mahkamah.

Peguam Ganaesh Rau yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya dibenarkan diikat jamin dengan alasan tertuduh pertama kali didakwa di mahkamah tidak mempunyai kebarangkalian untuk melarikan diri selain memberi kerjasama baik kepada pihak polis.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap dua minggu dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 11 Jan 2019 untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori