Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

44 Peserta Mula Pendakian...

DAIK (Riau, Indonesia) - Seramai 44 peserta termasuk lima pengamal media memulakan pendakian...

Usaha Pembangkang Lihat Bajet...

SEREMBAN - Usaha pihak pembangkang mahu melihat Bajet 2016 yang dibentang di Dewan...

APMM Pertingkat Sistem SAR...

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mencipta satu lagi sejarah apabila...

Isytihar Darurat, Kebakaran Terburuk...

BAGAIKAN neraka dunia apabila kebakaran hutan di California dianggap terburuk dalam tempoh 80...

Pekerja Penghantar Makanan Kantoi Makan Makanan Pelanggan

TIDAK sedar dirinya dirakam, seorang penghantar makanan syarikat Zomato dipecat selepas rakamannya makan makanan pelanggan dan menutup kembali bekasnya tersebar.

Syarikat penghantar makanan itu memohon maaf atas kesalahan itu dan berkata akan mengambil langkah sewajarnya untuk mengelak insiden ini berulang.

Kejadian berlaku di selatan India di daerah Madurai itu menyaksikan seorang penghantar makanan bermotorsikal berhenti dan memakan makanan yang dihantar, menutup kembali bekas makanan dan menyimpannya dalam beg penghantaran.

Video itu menerima tontonan beribu kali di media sosial.

Zomato berkata ia mengamalkan dasar “sifar toleransi” terhadap tindakan sebegitu dan telah memecat pekerja terbabit.


Dalam satu kenyataan, Zomato mengakui yang video terbabit menunjukkan seorang pekerja makan makanan yang sepatutnya dihantar kepada pelanggan.

Zomato berkata syarikatnya akan memperkenalkan pita pelekat yang akan menghalang makanan dibuka oleh pekerja dan pada masa yang sama mendidik pekerja penghantaran supaya kejadian itu tidak berulang. – BBC

Kategori