Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MB Kelantan, Timbalan Menteri...

KUALA KRAI - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini merakamkan ucapan...

Datin Ditangkap Khalwat Dalam...

KUALA LUMPUR - Akibat taksub dengan fahaman songsang dipelajarinya sehingga sanggup melabelkan suami...

MIDA Rangka Projek Ekonomi...

KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang merangka pelbagai pelan tindakan...

Pemuda PAS Perak Minta...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak meminta kerajaan negeri memasukkan peruntukan...

Pekerja Ladang Jumpa Bom Berbahaya di Sabah

SEORANG pekerja ladang terkejut ketika terjumpa sebutir bom yang dipercayai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan utara Kampung Tanduo, Lahad Datu.

FELDA Sahabat telah melaporkan penemuan senjata berbahaya itu kepada pihak polis selepas ditemui di kawasan ladang sekitar jam 11 pagi, kelmarin.

Lapor Berita Harian, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad telah mengesahkan penemuan bahan itu.

Siasatan mendapati bom berkenaan dipercayai milik ATM yang tidak meletup ketika pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh ketika Ops Daulat pada 2013.

“Unit pemusnah bom dari Tawau dimaklumkan mengenai kejadian itu dan bom berkenaan diletupkan pada jam 5 petang semalam,” katanya hari ini.


Sehingga kini. Pihak polis masih menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan terbabit bagi mengelakkan perkara yang berbahaya kepada orang ramai. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori