Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Smart Selangor Buka Talian...

SHAH ALAM - Penduduk Selangor khususnya yang berdepan kecemasan akibat banjir dan memerlukan...

Kayu Selfie Xiaomi Dengan...

Xiaomi, jenama yang tidak asing lagi di Malaysia telah pun menawarkan beberapa aksesori mereka...

Pemuda PKR Bantah Potongan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) membantah langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi...

Tinggal 2 Pemain Sahaja...

KUALA LUMPUR – Selepas hanya enam daripada 26 pemain skuad Bawah-22 (B-22) melapor...

Pekerja Kilang Cabul Ibu Sendiri Diperintah Bela Diri

TAIPING – Seorang pekerja kilang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini untuk membela diri atas pertuduhan pindaan daripada merogol kepada mencabul ibu sendiri Mac tahun lalu.

Hakim Che Noralashiken Abd. Razak membuat keputusan tersebut di akhir kes pendakwaan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang berusia 22 tahun itu.

Mengikut pertuduhan pindaan, tertuduh didakwa mencabul ibu sendiri yang berusia 50 tahun di sebuah kampung dekat sini pada pukul 7 malam, 8 Mac 2017.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan sendiri Che Noralashiken.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.

Terdahulu, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh atas pertuduhan merogol ibunya mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan sebelum meminda pertuduhan tersebut.

Mahkamah menetapkan 19 Oktober depan sebagai tarikh perbicaraan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Safiyatun Ahmadun manakala tertuduh diwakili peguam bela daripada Yayasan Bantuan Guaman Malaysia (YBGM), M. Kathan.

Kosmo! pada 16 Mac 2017 melaporkan seorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping atas pertuduhan merogol ibu kandungnya di rumah mereka.

Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 namun dia gagal membayar wang tersebut. – K! ONLINE

Kategori