Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Piala Tun Sharifah Rodziah:...

PETALING JAYA - Pasukan bola sepak wanita Kedah tetap merendah diri walaupun muncul...

Masjid Di UK Buka...

LONDON - Masjid di United Kingdom (UK) dan Ireland membuka rumah ibadat itu...

Kerajaan Perlis Tak Boleh...

KANGAR - Kerajaan negeri tidak boleh menyekat harga penjualan mempelam harumanis tetapi boleh...

Rayuan Anwar Masuk Hari...

PUTRAJAYA - Pendengaran rayuan terakhir Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki hari...

Pekerja Hilang Kerja Selepas Levi Pelepasan Diperkenalkan

KUALA LUMPUR – Pekerja-pekerja dalam sektor penerbangan dan pelancongan di negara ini dikhuatiri akan kehilangan pekerjaan apabila pelaksanaan pelepasan levi bagi penumpang dikenakan.

Lantaran itu, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak faham dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang suka melakukan benda-benda pelik untuk menjahanamkan ekonomi negara.

Bekas perdana menteri itu berkata, sudahlah jumlah pelancong dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar merosot pada tahun lalu dan mengapa Guan Eng mahu menurunkannya lagi.

“Tak faham dengan Menteri Kewayangan ni. Suka sangat buat benda-benda pelik seperti ini untuk menjahanamkan ekonomi negara.

“Kira betul-betul sebelum buat. Jika impak negatif lebih besar dari positif, mengapa masih mahu laksanakan?” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019, sehari selepas ia dibentangkan untuk bacaan ke-2.

Berdasarkan RUU kontroversi itu, RM20 akan dikenakan ke atas mana-mana orang yang terbang ke negara ASEAN dan RM40 untuk negara lain.


Kerajaan bercadang mengenakan levi pelepasan ke atas semua penumpang penerbangan yang keluar negara mulai 1 Jun ini dalam usaha menggalakkan pembangunan pelancongan domestik.

Levi itu tambahan kepada caj perkhidmatan penumpang sebanyak RM73 yang dikenakan lapangan terbang.

Bagaimanapun, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata, pelaksanaan pelepasan levi bagi penumpang pesawat dilihat memberi lebih banyak impak negatif kepada ekonomi tempatan kerana boleh mengurangkan permintaan terhadap perjalanan.

Mengikut analisis IATA, pengenaan levi tersebut akan mengurangkan jumlah pelanggan yang berlepas dari Malaysia menggunakan pengangkutan udara kepada sehingga 835,000 setahun, menyusutkan KDNK sektor penerbangan sehingga US$419 juta dan pengurangan sehingga 5,300 pekerjaan. – MalaysiaGazette

Kategori