Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Program B’Frenz Sasar Produk...

645 RIBU usahawan tempatan yang selama ini bergantung pada keadah pemasaran percuma di...

Gambar Megan Fox Dengan...

BINTANG Hollywood, Megan Fox sememangnya aktres yang sangat menawan dan seksi di mata...

2 Lelaki Ditahan Bersama...

BUKIT MERTAJAM - Dua lelaki bersama 18 guni berisi 21.5 kilogram (kg) daun...

Gaya Bodoh Punca Barat...

BONGKAR... Ketika Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikritik teruk netizen kerana kawad Goose Step...

Pekebun Bangladesh Didakwa Rasuah Penguatkuasa

KUANTAN – Seorang pekebun sayur warga Bangladesh di Cameron Highlands dekat sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan memberi rasuah berjumlah RM5,000 kepada Timbalan Komander Operasi Op Gading, Sanifah Yusof tiga tahun lalu.

Rayhan Shahid, 45, dari Bogra itu didakwa secara rasuah memberi suapan sebanyak RM3,000 bagi pertuduhan pertama di Coffee House, Hotel Heritage, Jalan Gereja, Tanah Rata, Cameron Highlands pada 13 Mei 2015 kira-kira pukul 11 malam.

Bagi pertuduhan kedua, Rayhan memberi rasuah sebanyak RM2,000 kepada Sanifah di sebuah restoran Strawberry Park Resort, Tanah Rata, Cameron Highlands pada 21 Mei 2015 kira-kira pukul 10.15 malam.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Hakim Mohd. Ghazali Mohamad Taib


membenarkan Rayhan dibebaskan dengan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 17 Oktober ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Siti Sarah Zainal Abiddin manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Zakuan Mokhtar. – UTUSAN ONLINE

Kategori