Pejuang Nafi Jemputan Sidang Akhbar Penyertaan Azmin

KUALA LUMPUR – Parti yang masih dalam proses pendaftaran, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menafikan jemputan sidang akhbar berhubung penyertaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Jurucakap parti itu mengesahkan perkara itu tidak benar sambil memberikan poster palsu yang tular itu. 

Ketika ini, tular satu jemputan sidang media khas penyertaan Mohamed Azmin ke parti itu pada 5 petang ini di Yayasan Perdana, Putrajaya menerusi webinar. – myMetro Online