Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KDN Rampas 22,929 Alat...

Butterworth : Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 22,929 alat permainan seks bernilai RM1.1...

Tidur Tanpa Pakaian Rahsia...

SEORANG warga emas yang muncul dalam satu program TV memaparkan dirinya dan anak sedang...

Biadap…Penyokong Alvin Tan Saran...

KADANG-KADANG kami tertanya-tanya apakah 'kezaliman' yang telah dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyat Malaysia...

Kim Kardashian Nafi Ejek...

NAMPAK gayanya Anugerah Video Muzik (VMA) yang bakal berlangsung pada bulan hadapan sudah...

Pejabat PM Nafi Mahathir Terlibat Dalam Komik Propaganda

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohmad tidak pernah terlibat dalam penerbitan komik ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan–Meraih Manfaat Bersama’ atau mengetahui isi kandungan komik yang tular di media sosial.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini turut menafikan dakwaan mengatakan komik itu adalah hadiah rasmi daripada Dr. Mahahir kepada Presiden China, Xi Jinping.

“Tertera gambar Dr. Mahathir dalam komik berkenaan dengan keterangan yang menyebut komik ini dihadiahkan kepada Presiden Xi Jinping oleh Perdana Menteri sendiri semasa pertemuan dua hala sewaktu di Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa kedua.

“Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa buku ini bukan hadiah rasmi semasa pertemuan tersebut dan ia dibawa tanpa melalui prosedur dan saluran yang betul.

“Dr. Mahathir juga tidak pernah memberi persetujuan agar gambar beliau diguna pakai untuk apa-apa tujuan atau memberi kebenaran agar komik tersebut diedarkan di sekolah,” katanya.

Kategori