Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pelajar Maut Langgar Konkrit...

BESUT - Seorang pelajar tingkatan dua maut apabila motosikal yang ditunggang bersama rakan...

PRN Sabah: 270 Polis...

KOTA KINABALU - Seramai 270 pegawai dan anggota polis di Sabah tidak mengundi...

Vaksin Bukan Jaminan Kebal...

PARIT BUNTAR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan mana-mana individu, termasuk petugas barisan...

ADUN Kuala Besut Nafi...

BESUT - Lima beradik dari Kampung Beris Lampu dekat Kuala Besut yang kematian...

Peguam Razak Baginda Tuntut Tindakan Azilah Hina Mahkamah

PETALING JAYA – Peguam mewakili bekas pembantu Najib Razak, Abdul Razak Baginda, menggesa peguam negara mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap perbuatan membuat kenyataan berhubung satu akuan berkanun (SD) oleh Azilah Hadri yang disabitkan membunuh.

Peguam Manjeet Singh Dhillon berkata, perbicangan mengenai dakwaan Azilah bersifat prejudis terhadap perbicaraan satu saman sivil yang difailkan oleh keluarga Antantuya Shaariibuu, warga Mongolia yang dibunuh oleh Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar sewaktu mereka berkhidmat dalam Unit Tindakan Khas polis.

Semasa perbicaraan kes tersebut, mahkamah diberitahu bahawa Altantuya mempunyai hubungan dengan Razak.

Dalam SD yang didedahkan kepada umum hari ini, Azilah mendakwa bahawa Najib, yang merupakan menteri pertahanan ketika itu, mengarahkan beliau membunuh Altantuya.

Dalam respons beliau, Najib bagaimanapun menolak dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai mengarut.

Manjeet berkata, perkembangan itu “membabitkan dan memberi kesan” ke atas perbicaraan yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan bersifat sub judice.


Keluarga Altantuya memfailkan saman sivil sebanyak RM100 juta terhadap Azilah, Sirul, Razak dan kerajaan Malaysia.

Manjeet berkata, “peguam negara yang terlibat dalam saman sivil ini hendaklah mengambil langkah segera dan memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap semua pihak yang membuat kenyataan berkaitan dan memprejudiskan perbicaraan.

“Kami belum melihat permohonan semakan itu dan akan membuat komen ke atasnya apabila ia berada dalam tangan kami dan tahu secara tepat apakah yang dipohon dan kenapa.”

Polis juga berkata, mereka belum melihat SD berkenaan. – FMT

Kategori