Peguam Negara Menghadap Yang Di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Kehadiran beliau dikongsi dalam hantaran di akaun Instagram Istana Negara sebentar tadi.

Pertemuan itu yang pertama antara Yang di-Pertuan Agong dan Idrus selepas dilantik sebagai Peguam Negara pada 6 Mac lalu.

Idrus sebelum ini menyandang jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan menggantikan Tommy Thomas yang melepaskan jawatan pada 28 Februari lalu. – BH Online

Loading...