Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Messi Sambut Hari Jadi...

SEDIH... Lionel Messi memasuki terowong di Stadium Nizhny Novgorod dengan wajah kecewa, menyedari...

Warga Emas Maut Dalam...

KUANTAN - Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di...

Demam Panas, Aaron Aziz...

SIAPA tidak kenal Aaron Aziz yang merupakan satu nama besar serta juga tidak...

Pelaksanaan Levi Berperingkat, Bon...

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia dalam proses mengumpul maklum balas pemain industri berhubung...

Peguam Didakwa Pecah Amanah Bagi Urusan Jual Beli Rumah

KUALA LUMPUR – Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah wang berjumlah lebih RM100,000 milik pelanggannya berhubung urusan jual beli sebuah rumah, dua tahun lepas.

Mohd Fairuz Mohd Dahlan, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Lelaki itu didakwa sebagai peguam telah melakukan pecah amanah jenayah melibatkan wang RM105,360.47 yang telah diamanahkan oleh pemandu teksi Saihibi Sahinun @ Senon,52, untuk urusan jual beli rumah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di satu alamat di Jalan Pandan Cahaya 2/2, Taman Pandan Cahaya, Ampang pada 10 pagi, 12 Jan 2016.

Mohd Fairuz dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Wee Li manakala tertuduh diwakili peguam Nurul Suzilyana Mohamed Saat.

Mahkamah menetapkan 21 Nov untuk sebutan semula kes bagi pendengaran jaminan di Mahkamah Sesyen Ampang. – BERNAMA

Kategori