Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Anu Dalam Botol: Bir...

JIKA sebelum ini Mynewshub pernah menyiarkan artikel tentang wanita yang buat roti menggunakan...

Harga RON95, RON97 Turun...

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak 5 sen...

62 Anggota Kongsi Gelap...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 62 anggota kongsi gelap ditahan di tiga negeri dalam Ops Cantas Khas...

Akibat Gangguan Makhluk Halus,...

SEORANG guru wanita ditemui rentung dalam kereta di perkarangan rumahnya dalam kejadian kebakaran...

Pegawai Terlibat Kes Saman Cuai Proses Khatan Dipanggil

KUALA SELANGOR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan panggil kakitangan yang terlibat dalam kes tuntutan saman seorang remaja kerana alami kecacatan kekal akibat kecuaian semasa proses berkhatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata walaupun ia kes terpencil, namun perkara sebegitu perlu diberi perhatian supaya ia tidak meresahkan masyarakat untuk menyertai dan melaksanakan program berkhatan yang lain.

“Jika ada apa-apa juga kemalangan dan kesilapan, kita akan susuli untuk menanganinya. Perkara itu (kecuaian pelaksanaan proses berkhatan) jarang berlaku tapi jika berlaku, ia perlu diberi perhatian.

“Saya akan panggil kakitangan yang terlibat untuk beritahu apa yang dah berlaku. Namun saya yakin, perkara ini akan dapat ditangani dengan baik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan program berkhatan amal di Klinik Wakaf An-Nur, Masjid Nurul Iman Ijok, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tuntutan saman yang dibuat remaja berumur 18 tahun semalam ekoran kepala alat sulitnya terputus ketika berkhatan lapan tahun lepas.

Remaja itu melalui ibunya, selaku plaintif memfailkan saman terhadap seorang pembantu perubatan dan lima lagi kerana cuai sehingga menyebabkannya mengalami kecacatan kekal.

Dalam saman itu, plaintif menamakan pembantu perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang (defendan pertama), pegawai perubatan dan pengarah hospital itu (defendan kedua dan ketiga), doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang (defendan keempat dan kelima) serta Kerajaan Malaysia (defendan keenam).


Berdasarkan pernyataan tuntutan plaintif, remaja itu berumur 10 tahun ketika kejadian dan mendakwa defendan pertama tidak mengikut prosedur yang ditetapkan kerana telah memotong keseluruhan kepala kemaluannya atau ‘glans penis’.

Dalam pada itu, program berkhatan amal hari ini dianjurkan secara bersama oleh Hospital Pakar KPJ Selangor, Pertubuhan Sosial Orang Kuala Selangor, Lembaga Zakat Selangor dan Johor Leadership Programme 3-Johor Corporation.

Sebanyak 104 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun dari sekitar Kuala Selangor menyertai program berkhatan beramai-ramai yang diadakan secara percuma itu hasil sumbangan penganjur terlibat. – BERNAMA

Kategori