Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Buruh Binaan Mengaku Ceroboh,...

Ipoh : Buruh binaan mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan menceroboh rumah penjawat awam...

8 Tahun Hanya Alyah...

SETELAH membuat kontroversi meninggalkan komen mengejutkan di perkongsian video Instagram milik suaminya Datuk...

Drama Tebusan Hampir 5...

LONDON - Polis Britain menangkap seorang lelaki bersenjata dan membebaskan dua tebusan selepas...

Perkeso Sedia Laksana Inisiatif...

SHAH ALAM - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia...

Pegawai SPRM Didakwa Peras Ugut Pegawai Polis

BUKIT MERTAJAM – Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memeras ugut seorang pegawai polis, Jun lepas.

Rommy Ma’i’aruf, 38, didakwa dengan sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada Ahmad Hasbi Mohd Fauzi, 32, iaitu satu bencana risiko ditangkap oleh SPRM kerana Ahmad Hasbi adalah pegawai yang bertanggungjawab membuat laporan perkembangan aktiviti perjudian haram di daerah Seberang Perai Tengah.

Tertuduh dengan curangnya telah mendorong mangsa yang bertugas sebagai Inspektor di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) menyerahkan wang tunai RM3,000.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di perkarangan stesen minyak Petronas Seberang Jaya pada pukul 9.30 malam, 8 Jun lepas.

Lelaki yang berkemeja petak itu didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Hafiz Hashim tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kes di bawah seksyen itu tidak boleh dijamin. Bagaimanapun sekiranya terdapat budi bicara mahkamah beliau memohon jaminan RM8,000 beserta syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan.


Sementara itu, peguam Chan Ai Mei yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya memiliki tiga anak yang berusia dua hingga 12 tahun.

Majistret Jamaliah Abd Manap kemudian membenarkan Rommy diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan dua minggu sekali.

Mahkamah menetapkan 4 Januari depan untuk sebutan bagi serahan dokumen. – BERNAMA

Kategori