Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

7 Beranak Tinggal Di...

JOHOR BAHRU - Situasi tujuh sekeluarga yang menjadikan kaki lima sebuah rumah kedai...

Lelaki Warga Emas Orang...

KUANTAN - Seorang lelaki Orang Asli maut dalam kebakaran di rumah pondok Orang...

MRT2: MOF Mesti Jelaskan...

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) mesti menjelaskan apakah nasib 20,000 orang pekerja yang kehilangan pekerjaan...

Gotong-Royong Perdana Bersih Kawasan...

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan gotong-royong perdana membersihkan sampah sarap...

Pegawai Khas Bekas Menteri Dibebas Jaminan SPRM

PUTRAJAYA – Pegawai khas kepada bekas seorang menteri dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas membantu siasatan kes mengatur projek-projek di sebuah kementerian termasuk pembekalan peralatan pesawat bernilai kira-kira RM1.8 juta dua tahun lalu.

Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan lelaki bergelar Datuk itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin serta pasportnya turut diserahkan kepada SPRM.

Lelaki berusia 50 tahun itu membayar jaminan yang ditetapkan.

Siasatan terhadapnya dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Terdahulu, lelaki itu tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini dengan tangan bergari dan diiringi dua orang pegawai SPRM.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan, lelaki itu di reman selama tiga hari sehingga hari ini untuk membantu siasatan kes tersebut.

Pegawai khas kepada bekas menteri itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari sewaktu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini, Isnin lalu.


Menurut sumber, siasatan awal mendapati, lelaki itu dipercayai telah menerima wang rasuah daripada beberapa syarikat kontraktor sebagai balasan mendapatkan projek pembekalan peralatan secara rundingan terus dengan sebuah kementerian dan pembekalan peralatan pesawat yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1.8 juta pada 2017.

Jelasnya, SPRM juga sedang mengesan beberapa lagi individu dan syarikat pembekal di seluruh negara yang disyaki terlibat dengan individu itu.

Sementara itu, menurut laporan akhbar tempatan, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengalu-alukan siasatan ke atas beliau, ahli keluarga atau mana-mana bekas pegawai jika didapati melaggar undang-undang, namun jangan menganiaya jika mereka tidak bersalah.

Ahli Parlimen Sembrong itu menegaskan, pendiriannya itu bukan perkara baharu tetapi konsisten sejak dahulu lagi, malah sudah dimaklumkan kepada agensi penguatkuasaan bahawa jika mereka bersalah, jalankan siasatan dan dakwa di mahkamah jika terlibat. – K! ONLINE

Kategori