Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

How-to Perform A Bibliography...

On the web Make a reservation for Experiences Tactics to Raise your Story...

“Jangan Rosakkan Bola Sepak”...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Program Tanpa Beg Plastik...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka masih belum berpuas hati dengan penerimaan dan perlaksanaan...

Haziq Hot FM Terkejar-Kejar...

PENYAMPAI radio Hot FM, Haziq berkata dia berdepan cabaran apabila isterinya iaitu Ayunda...

‘Pegawai Atasan Panggil, Beri Amaran’

KUALA LUMPUR – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, dia bersama beberapa penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dipanggil oleh seorang pegawai atasan dan diberi amaran supaya tidak memberi keterangan yang memihak kepada tertuduh dalam kes kematian Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Penuntut tahun ketiga jurusan Pengurusan Sumber Manusia, Ahmad Senabil Mohamad, 22, ketika sesi soal balas, bersetuju dengan cadangan peguam Amer Hamzah Arshad bahawa mereka dipanggil selepas pihak atasan tidak berpuas hati dengan keterangan diberikan seorang penuntut bernama Muhammad Izzul Akhtar Rosli, 22, di mahkamah.

Dalam prosiding soal balas itu, Ahmad Senabil bersetuju dengan cadangan Amer Hamzah bahawa mereka dipanggil oleh pegawai atasan itu selepas Muhammad Izzul Akhtar selesai memberikan keterangan di mahkamah.

Saksi juga bersetuju dengan cadangan Amer Hamzah bahawa mereka dipanggil berikutan pegawai atasan terbabit tidak berpuas hati dengan keterangan diberikan Muhammad Izzul Akhtar.

Apabila dicadangkan lagi oleh Amer Hamzah bahawa pegawai itu memberi amaran supaya tidak memberikan keterangan yang menyebelahi tertuduh dalam kes itu, Ahmad Senabil menjawab, “Setuju”.

Dalam keterangannya juga, saksi ke-24 itu memberitahu, sebelum perbicaraan bermula di mahkamah, dia dan beberapa penuntut lain dipanggil oleh pegawai penyiasat polis tentera untuk diambil keterangan mengenai kes berkenaan.

“Kami semua dipanggil pada tarikh yang sama dan proses mengambil keterangan dijalankan serentak di dalam sebuah bilik,” katanya.

Ahmad Senabil memberi keterangan itu pada hari ke-15 perbicaraan kes kematian Zulfarhan Osman.


Enam penuntut UPNM, iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh serta bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat UPNM antara jam 4.45 pagi dan 5.45 pagi 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang semuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama-sama 13 penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah akan bersambung pada 25 Oktober ini. – BH Online

Kategori