Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jangan Sampai Nama Kampung...

SHAH ALAM - Identiti tanah rizab Melayu di Kampung Baru tidak akan hilang...

Pakej Bantuan Terhadap PKS...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman khusus...

Denda RM53,000 Sebab 34...

SINGAPURA – Akibat degil selalu buang sampah dari rumahnya di sebuah flat awam...

2 Maut Dalam Kemalangan...

ALOR SETAR - Dua maut, manakala dua lagi cedera ringan dalam satu kemalangan...

Pegawai Atasan Jangan Lindungi Salah Laku Anggota – Ayob Khan

JOHOR BAHRU – Pegawai atasan polis di negeri ini diberi amaran agar tidak melindungi salah laku yang dibuat anggota bawahan mereka.

Mengingatkan perkara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata hal ini berikutan maklumat yang diperolehinya daripada Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, yang telah membongkar perkara itu.

“Beberapa bulan kebelakangan ini, menerusi pemeriksaan JIPS banyak terbongkar kes-kes salah laku di daerah.

“Ketua Polis Daerah jangan sesekali menyalahgunakan konsep dengan melindungi salah laku tersebut, saya pasti akan dapat mengesan dan ambil tindakan tegas terhadap semua pihak.

Ketua Polis Daerah jangan ambil tindakan dwi standard, yang rapat dan jaga kepentingan beliau dilindungi, yang tidak, diambil tindakan, ketua jenis ini hanya masa yang akan menentukan tindakan, tunggu dan lihat,” katanya ketika berucap semasa Majlis Perhimpunan Bulanan IPK Johor, di sini, hari ini.

Ayob Khan dalam masa sama berkata, semenjak beliau ditugaskan di Johor pada 24 Feb lepas, sebanyak 21 pertuduhan di mahkamah yang melibatkan pegawai dan anggotanya telah dilakukan.

“Lima daripadanya adalah melibatkan kes dadah, enam kes jenayah, tujuh kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), satu kes salah laku dan dua kesalahan trafik.


“Kes-kes ini melibatkan tangkapan bekas pegawai anggota IPK Johor,” katanya.

Beliau dalam masa sama mengingatkan semua bahawa jawatan sebagai pegawai dan ketua bukanlah satu keistimewaan, tetapi merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu digalas.

“Pegawai dan anggota terlibat salah laku, tiada lagi amaran. Seperti saya jelaskan sebelum ini, pilihan pertama kertas siasatan akan dibuka, kedua kes diserah kepada SPRM dan ketiga siasatan oleh JIPS.

“Walaupun di peringkat JIPS, keutamaan akan diambil membabitkan tindakan buang kerja atau turun pangkat,” katanya. – BERNAMA

Kategori