Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tengku Abdullah Solat Jenazah...

KUALA LUMPUR - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersama 200...

H5N1: JPVK Lupus 35,999...

KOTA BHARU - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan (JPVK) melupuskan sebanyak 35,999 unggas dan...

Ahli PKR Gesa Siasat...

Kecewa dengan pembatalan pemilihan PKR Hulu Selangor atas alasan tiada kemudahan mengundi dan...

Polis Tumpaskan Sindiket Curi...

JOHOR BAHRU - Polis menumpaskan sindiket curi diesel di sekitar bandar raya ini...

Pegawai & Anggota Polis Kelantan Bersedia Hadapi Banjir

KOTA BHARU – Lebih 4,000 pegawai dan anggota polis Kelantan kini dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi bencana banjir yang sering berlaku ketika musim tengkujuh di akhir tahun di negeri berkenaan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata selain itu kesemua aset seperti bot juga telah siap diperiksa untuk kegunaan menyelamat semasa bencana tersebut.

“Sejak tiga minggu lepas pegawai dan anggota termasuk kakitangan awam di beberapa daerah turut menjalankan latihan-latihan berkaitan banjir sebagai persiapan menghadapi bencana,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Hasanuddin berkata pihaknya juga mengenalpasti beberapa kawasan sering berlaku banjir seperti di Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat.

Beliau berkata setakat ini tiada sebarang arahan untuk membekukan cuti mana-mana pegawai dan anggotanya namun tidak menolak kemungkinan tindakan itu akan diambil sekiranya keadaan mula meruncing.


“Kita juga akan memohon bantuan daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Tumpat dan Bukit Aman jika aset yang sedia ada tidak mencukupi untuk operasi menyelamat mangsa,” katanya. – BERNAMA

Kategori