Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jabatan Hidupan Liar Sabah...

KOTA KINABALU - Jabatan Hidupan Liar Sabah tidak mengiktiraf pertubuhan bukan kerajaan (NGO)...

Kelulusan Kahwin Bawah Umur...

KUALA LUMPUR : Jumlah kelulusan permohonan kahwin bawah umur bagi orang Islam menunjukkan...

Penetapan Tol WCE Bukti...

SUNGAI BESAR - Warta Kerajaan Persekutuan berhubung penetapan kadar tol bagi Lebuhraya Persisiran...

Video: Sambutan Hari Jadi...

KEHIDUPAN 'borjuis' seorang anak muda bergelar Datuk mendapat perhatian meluas dalam kalangan netizen terutama...

Peduli Diri, Santuni Krisis Kaedah Holistik Tangani Krisis

APA itu Kuarantin? Persoalan ini perlu difahami dengan jelas dan tepat supaya setiap orang memahami dan bersedia mengikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kuarantin bermaksud pengasingan dan batasan pergerakan yang dikenakan kepada seseorang yang berpotensi terdedah kepada penyakit berjangkit. Kuarantin amat penting untuk menyekat sebaran penyakit.

Dalam proses kuarantin, adalah tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa impak psikologi antaranya gangguan emosi seperti perasaan takut, risau, gelisah, marah, keliru, kecewa dan sedih akibat faktor yang pelbagai.

Impak psikologi juga menyebabkan berlakunya kemerosoton prestasi kerja seperti hilang fokus dan arah serta semangat. Gangguan tidur berlaku disebabkan terlalu banyak fikir, risau dan menghadapi tekanan perasaan.

Ia juga menjadi punca perubahan tingkah laku disebabkan jadual dan rutin yang berubah.

Akhirnya, masalah fokus, kepekaan dan sukar membuat keputusan atau menyelesaikan konflik diri yang tidak diuruskan secara berkesan akan menimbulkan tekanan emosi dan gangguan kesihatan mental.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Menerusi pendekatan psikologi tingkah laku, setiap individu perlu mengetahui punca stress atau tekanan semasa kuarantin serta menyantuni emosi masing-masing.

Kesedaran mengenai keadaan diri serta punca stress membolehkan seseorang lebih berwaspada dan peka dengan status diri masing-masing.

Antara punca stress adalah kegusaran mengenai tempoh kuarantin yang belum pasti tarikh akhirnya dan kebimbangan mendapat jangkitan.

Perkara ini membuatkan individu merasa tidak bebas dan sering merasa kecewa serta berputus asa. Tekanan perasaan akan menjadi lebih teruk jika individu turut mengalami kekurangan bekalan bahan asas dan keperluan fisiologi yang berpunca daripada kehilangan punca pendapatan ekoran kuarantin.

Tekanan juga akan berlaku sekiranya individu kurang memperoleh maklumat yang benar atau terlalu percaya kepada berita palsu.

Tekanan juga berpunca daripada stigma masyarakat terhadap individu yang pernah dikuarantin kerana mengalami simptom sepertimana Covid-19. Pengalaman dikuarantin juga mengakibatkan seseorang individu merasa tersisih, dipersalahkan dan dipandang serong oleh masyarakat khususnya di kawasan perumahan yang sama.

Justeru, menerusi kefahaman psikologi tingkah laku, seseorang individu dapat mengurangkan stress semasa kuarantin melalui beberapa langkah yang rasional dan progresif.

Pertama, setiap daripada kita perlu memainkan peranan dalam usaha menghadkan tempoh kuarantin. Usaha ini hanya mampu dicapai dengan adanya kesedaran dan kerjasama daripada semua anggota masyarakat. Ianya perlu bermula dari rumah dengan ibu bapa perlu memainkan peranan sebaik mungkin mendidik anak-anak agar patuh kepada peraturan yang ditetapkan. Disiplin dan kepatuhan kepada PKP akan boleh menghadkan tempoh kuarantin.


Kedua, adalah menjadi tanggungjawab masing-masing untuk mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat. Individu yang dikuarantin akan lebih tenang jika menerima maklumat yang sewajarnya dan mempunyai gambaran jelas berkenaan polisi kuarantin dan situasi yang dialami. Adalah menjadi kewajipan kepada setiap individu untuk tidak menyebarkan berita palsu atau menerima berita tanpa usul periksa. Sikap terlalu mudah mempercayai berita palsu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Ketiga, pihak yang berwajib perlu memastikan bekalan bahan asas mencukupi terutama bagi mereka yang hilang punca pendapatan. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, marilah kita menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan sama ada secara persendirian atau menerusi persatuan dan badan kebajikan. Ketiadaan bekalan asas merupakan perlu dipandang serius oleh semua pihak.

Keempat, perkhidmatan sokongan sosial perlu dihulur kepada mereka yang merasa tertekan atau terganggu emosi sepanjang tempoh kuarantin atau PKP. Sokongan sosial dalam bentuk bantuan hanya dapat diberikan oleh mereka yang prihatin daripada segi emosi dan perasaan. Sokongan sosial boleh diperolehi dalam banyak bentuk sama ada oleh badan profesional seperti kaunselor, pegawai psikologi atau pengamal kaunseling dan psikologi yang lain. Antara talian itu ialah Talian Kasih 15999 atau Whatsapp 019-2615999 di mana terdapat sukarelawan kaunselor berdaftar yang bertugas 24 jam. Talian ini diwujudkan bagi memberikan sokongan emosi kepada pemanggil yang terkesan dengan krisis ini dan akan dibantu secara pendekatan tele-kaunseling.

Kelima, ialah dengan mengubah rutin dengan melakukan aktiviti tambahan yang diminati sama ada secara fizikal atau kognitif bagi mengelakkan kebosanan seperti membaca, menulis, senaman ringkas di rumah, memasak, atau hobi yang bermanfaat.

Kaedah terakhir ialah dengan melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan atau memberikan sumbangan mengikut kemampuan dan kesesuaian. Sumbangan boleh dilakukan sama ada dalam bentuk wang ringgit, kepakaran atau kemahiran.

Kesimpulannya, sifat reda dengan ujian sejagat ini adalah satu penerimaan seseorang terhadap sesuatu yang terjadi dengan ikhlas atau rela hati terhadap apa yang telah ditakdirkan. Setiap krisis mampu ditangani sebaik mungkin dengan syarat setiap individu mempunyai kesedaran mengenai apa yang berlaku dan cara terbaik bagaimana melatih diri agar kekal tenang, positif dan rasional.

Oleh Siti Fatimah Abdul Ghani, K.B,P.A

Kaunselor Berdaftar,

Ketua Seksyen Perkhidmatan Intervensi,

Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia,

Pejabat Pendaftar, UPM

Kategori