Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

CPRC Sedia Laporan COVID-19...

KUALA LUMPUR - Menyediakan laporan harian dan maklumat terkini COVID-19 dalam masa kurang daripada empat jam setiap hari,...

“Kaum Cina Minta Itu...

KUALA LUMPUR- "Jangan harap semua benda mengikut cara anda, anda sudah ada sekolah...

GAMBAR : Lelaki Ini...

Kes rompakan ini berlaku di Jalan Muara Tuang, Kuching, Sarawak pada Selasa lepas...

Kisah Orang Asli Teruja...

BIARPUN kedinginan awal pagi di Cameron Highlands cengkam tulang, kelihatan beberapa penduduk gigih...

PDRM Tingkat Kawalan Kedutaan Korea Utara, Kawasan Sensitif

KUALA LUMPUR – Kawalan keselamatan di kawasan sensitif khususnya di bangunan kedutaan Korea Utara di Jalan Binjai di sini akan dipertingkatkan susulan kemelut diplomatik antara Malaysia dan negara itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya sentiasa mengambil pendekatan berhati-hati membabitkan Korea Utara memandangkan banyak kejadian mengaibkan dengan negara itu.

Menurutnya, apa yang berlaku bukannya kerana Malaysia memusuhi mereka sebaliknya negara itu sendiri yang memutuskan hubungan diplomatik dengan negara ini.

“Saya juga mengarahkan Pengarah dan Ketua Polis Negeri untuk meningkatkan kesediaan dalam memantau akan berlaku perkara tidak baik.

“Kita sentiasa memantau perkembangan berkaitan kemelut yang berlaku ini sehingga keadaan benar-benar reda,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.

Terdahulu, semua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara pulang ke negara mereka pada Ahad lalu susulan keputusan Pyongyang mengumumkan pihaknya menamatkan hubungan diplomatik dengan Malaysia pada Jumaat lalu.


Jumaat lalu, media melaporkan Kementerian Luar Negeri mengarahkan semua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur dan ahli keluarga meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam.

Tindakan tegas itu diambil selepas Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia, ekoran seorang rakyatnya yang menetap di negara ini, Mun Chol Myong, diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram.

Wisma Putra dalam kenyataan dipetik berkata, Malaysia perlu melindungi hak dan kedaulatannya sebagai tindak balas terhadap keputusan Korea Utara yang memutuskan hubungan diplomatiknya dengan negara ini. – myMetro Online

Kategori