Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Harga RON95, RON97 Turun...

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak 5 sen...

‘Rara Ada Nur’ Dibantai...

Gara-gara nak melawak tetapi keterlaluan seorang pengguna Facebook teruk 'dibahan' di laman-laman sosial.Semuanya...

Murid Sanggup Habiskan RM100...

SETIU – Bagi kebanyakan kanak-kanak, wang RM100 amat tinggi nilainya dan biasanya akan...

100 Rakyat Malaysia Cenderung...

KUALA LUMPUR - Pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan masih terdapat kira-kira 100...

PDRM Terima 973 Aduan Judi Haram

KUALA LUMPUR – Sehingga 31 Okt lepas, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 973 aduan mengenai aktiviti judi haram yang dilaporkan orang awam sejak bilik gerakan dan talian khas 24 jam dilancarkan pada 20 Julai.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata daripada jumlah itu 456 aduan adalah sahih yang menghasilkan kejayaan dalam serbuan yang dilaksanakan manakala 264 maklumat adalah tidak berasas atau palsu.

“Sebanyak 253 maklumat lagi mempunyai merit dan memerlukan risikan lanjut sebelum tindakan dapat diambil,” katanya menjawab pertanyaan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Azis berkata inisiatif yang dilancarkan pada 20 Julai itu dengan kerjasama orang awam menunjukkan impak positif dalam usaha kerajaan memerangi aktiviti perjudian haram yang membawa kepada penurunan trend aktiviti berkenaan.

Katanya, PDRM juga sentiasa membuat risikan modus operasi baharu yang mungkin akan digunakan sindiket untuk menjalankan aktiviti perjudian haram.


“Selain itu, tindakan tegas akan diambil terhadap anggota polis yang terlibat atau melindungi sindiket perjudian,” katamya.

Mengenai isu perjudian secara dalam talian, Mohd Azis berkata aktiviti berkenaan menjadi cabaran memandangkan pusat operasinya berpangkalan di luar negara, namun kementerian itu dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan meneruskan usaha mengekang aktiviti berkenaan termasuk mengkaji akta bagi perjudian dalam talian. – BERNAMA

Kategori