PDRM Terima 605,723 Permohonan Rentas Negeri

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 605,723 permohonan perjalanan antara negeri melalui aplikasi mudah alih Gerak Malaysia.

Permohonan itu untuk pergerakan rentas negeri bermula 7 hingga 10 Mei ini membabitkan mereka yang terkandas di kampung.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata sehingga jam 12 tengah malam 4 Mei, aplikasi Gerak Malaysia sudah ada 1,364,000 muat turun.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Melalui aplikasi ini orang ramai masih boleh log masuk Gerak Malaysia sehingga esok dan memberikan alamat asal serta alamat destinasi dituju.

“Mohon kerjasama tuan, puan untuk membuat permohonan ini dengan kadar segera bagi membolehkan pihak polis membuat perancangan dan mengatur penugasan untuk memudahkan perjalanan pada 7 hingga 10 Mei,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata permohonan pergerakan rentas negeri juga boleh dibuat secara manual dengan pemohon dikehendaki untuk memuat turun permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari laman web PDRM.

“Atau boleh mengisinya di balai polis berhampiran melalui temu janji untuk mendapatkan kebenaran dari Ketua Polis Balai terbabit,” katanya.

Sebarang maklumat lanjut mengenai aplikasi ini dan permohonan perjalanan antara negeri, orang awam boleh melayari www.gerakmalaysia.gov.my.

Bagi pengguna IOS, diminta mendaftar permohonan dari 7 Mei sebelum memulakan perjalanan mengikut jadual ditetapkan.

Satu sidang media akan diadakan jam 3 petang esok untuk perkembangan terkini berhubung permohonan Gerak Malaysia.

Loading...