Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Linda Hashim Pelik Nama...

LINDA Hashim dan Beego beranggapan ia bukanlah sesuatu yang pelik untuk meletakkan nama anak mereka,...

Calon Kembar SPM Ulang...

MELAKA - Calon kembar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun...

Nak Bakar Kalori Dengan...

JIKA anda sedang menurunkan berat badan, meningkatkan metabolisma merupakan perkara yang sangat penting...

215,395 Selesai 2 Dos...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 215,395 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19...

PDRM Sita Beberapa Lagi Harta ‘Kingpin’ Dadah Di Klang

SEPANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyita beberapa lagi harta milik seorang lelaki warga tempatan disyaki ‘kingpin’ dadah di Klang, Selangor semalam, menjadikan jumlah sitaan setakat ini bernilai RM371.7 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, harta terbaharu yang disita daripada lelaki yang dipercayai berada di negara jiran itu adalah 15 lot kawasan perusahaan bernilai RM5.56 juta.

Beliau berkata, kesemua harta berkenaan disita mengikut Seksyen 3 serta 4 Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988.

“PDRM sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa negara jiran untuk mengesan suspek dan siasatan sedang giat dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Narcotic Airport Division’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Mohd Khalil berkata, pihaknya percaya suspek mempunyai lebih banyak harta hasil daripada kegiatan pengedaran dadah.

“Siasatan akan dijalankan bagi mengesan harta milik suspek di negara ini,” katanya.


Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, polis menyita harta seorang lelaki warga tempatan disyaki ‘kingpin’ dadah bernilai RM366 juta dan sedang memburu lelaki itu yang dipercayai bersembunyi di negara jiran.

Suspek itu berkemungkinan telah mengetahui bahawa perniagaan kokain yang dikaburi dengan perniagaan arang batu, telah terbongkar dalam satu serbuan di Pulau Pinang pada 2019.

Pada 10 September tahun lepas, polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa apabila merampas 12 tan metrik kokain dicampur dengan arang batu bernilai RM2.4 bilion dalam tiga kontena di Terminal Kargo Utara Butterworth.

Sindiket membawa dadah dalam 60 guni arang batu dari Amerika Selatan itu berjaya ditumpaskan menerusi Op Eagle yang dijalankan di sekitar Butterworth dan Bayan Baru di Pulau Pinang serta Padang Serai, Kedah.

Kategori