PDRM Sedia Jumpa C4

KUALA LUMPUR – Polis sedia mengadakan pertemuan dengan Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) yang mendakwa terdapat penglibatan polis dalam perniagaan di luar tugas kepolisan sehingga menjadi satu konflik berkepentingan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, susulan dakwaan itu, pihak PDRM meminta C4 tampil ke hadapan agar penjelasan mengenai perkata itu boleh diberikan.

“Koperasi ini ditubuhkan mengikut Akta Koperasi Polis 1963 dan dipenuhi banyak subseksyen undang-undang agar tidak ada apa-apa perkara yang boleh mengakibatkan isu-isu seperti yang diketengahkan (C4).

“Sekiranya mereka tidak faham mengenai perkara ini. Mereka boleh berjumpa dengan pihak kita.. dan kita akan bagi dia penjelasan yang lebih jelas..tak perlu hebahkan perkara ini di luar,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM).

Pada 22 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyatakan tidak salah polis terlibat dalam perniagaan melalui koperasi mereka kerana ia sah dari segi undang-undang.

Menurut Muhyiddin koperasi polis hanya ditubuhkan bagi menjana keuntungan untuk ahli disamping menjaga kebajikan mereka.

Loading...