Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lim Sekali Lagi Hadir...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sekali lagi hadir...

Pakatan Rakyat Sarawak Di...

KUCHING -- DAP Sarawak hari ini menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan PAS...

Caj Rawatan Hospital Swasta...

GEORGETOWN : Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan...

RM32 Juta Untuk Selesaikan...

KUCHING - Sejumlah RM32 juta diperlukan untuk menangani masalah banjir akibat fenomena air...

PDRM Kaji Kelemahan Pemohonan eVisa

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengumpul maklumat dan membuat analisis berhubung kelemahan dalam sistem eVisa di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang menyebabkan mereka yang disenarai hitam dan dengan rekod jenayah turut diberi kelulusan masuk ke negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kelemahan itu memberi ancaman besar kepada negara dan pihaknya akan mengambil tindakan susulan berhubung pendedahan sebuah akhbar tempatan semalam.

“Setakat ini polis sedang mengumpul maklumat dan membuat analisis. Apabila maklumat sudah mencukupi, satu operasi khas akan diadakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penutup Tilawah al-Quran PDRM peringkat kebangsaan di Maktab PDRM, di sini, hari ini.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan Electronic Travel Registration & Informatian (eNTRI) untuk rakyat China memasuki Malaysia tanpa visa bagi tempoh 15 hari didapati tidak menepati matlamatnya sebagai satu sistem saringan atau tapisan awal.

Noor Rashid berkata pihaknya mempunyai beberapa fasa dalam siasatan terutama membabitkan aspek keselamatan negara.


Dalam pada itu, Ketua Balai, Balai Polis Sentral Ipoh, ASP Mohamad Shahran Tarmizi, 39, muncul juara qari dengan mengetepikan 19 qari yang lain daripada pelbagai jabatan dalam PDRM.

Anggota Bahagian Pengurusan, Ibu Pejabat Kontinjen Perlis, Koperal Nor Marina Ishak, 30, pula muncul johan qariah di antara 18 peserta. – BERNAMA

Kategori