Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sakit Mental Tidak Semestinya...

HAMPIR 2.5 Juta rakyat Malaysia menghidapi sakit mental. Angka ini dijangka akan terus...

APM Pantau Rapi Perkembangan...

KOTA KINABALU - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah sedang memantau rapi perkembangan...

Kerajaan PH Akui Sukar...

SEPERTI yang sudah dijangka, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad...

“SPM Bukan Kayu Ukur...

BIARPUN masih 'hijau' dalam bidang nyanyian, anak jati kelahiran Selangor, Aiman Tino adalah...

PDAM Jumpa PM Luah Bimbang Isu Harga Minyak

BINCANG… Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) pagi ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu harga produk petroleum.

Presidennya, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz, berkata pertemuan berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya selama 45 minit, bersama-sama dengan empat lagi wakil PDAM.

“Kami membincangkan mengenai semua cadangan dan menyuarakan kebimbangan kami. Beliau (Mahathir) kelihatan sangat memahami. Tiada keputusan dibuat setakat ini. Beliau kini sedang hadiri mesyuarat Kabinet.

“Kami menunggu hasilnya. Tiada apa-apa lagi yang saya boleh cakap sehingga keputusan dibuat Kabinet,” kata beliau lagi ketika ditemui pihak media tempatan selepas pertemuan berkenaan.

Ditanya mengenai isu yang diketengahkan pihaknya dalam pertemuan itu, Khairul Annuar berkata, ia membabitkan semua isu yang dibangkitkan sebelum ini.

“Kami membincangkan beberapa perkara mengenai cadangan kami. Saya rasa biar Kabinet putuskan dulu dan saya akan beri komen kemudian,” kata beliau.

Sebelum ini, PDAM menyuarakan bantahan terhadap penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan. PDAM juga meminta kerajaan meneliti semula kadar Margin Pengusaha Stesen Minyak.

“Ia menjadi salah satu komponen di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), yang pada masa ini digunakan kerajaan baharu untuk menetapkan semula harga runcit produk petroleum,” katanya.


Semalam, Mahathir ketika ditemui wartawan di Langkawi, Kedah berkata, Kabinet akan memutuskan penetapan harga runcit produk petroleum hari ini.

Kelmarin, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan harga runcit produk petroleum dikekalkan sebelum penetapan harga baharu akan dibuat sebelum akhir minggu pertama ini.

Berikutan itu, harga runcit petrol RON97 terpaksa dikekalkan pada RM2.50 seliter bagi RON97, RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel.

Sebelum ini, kerajaan Pakatan Harapan memaklumkan kononnya akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk RON95 kepada harga yang lebih rendah mulai 1 Januari 2019.

Ia berikutan penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan, sejajar trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori