Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Abu Kassim Mungkin Ganti...

BARU sahaja dilantik sebagai ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional...

Imbuhan Menarik Untuk Doktor...

SRI AMAN - Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi...

Mangsa Banjir Di Segamat...

JOHOR BAHRU - Keadaan banjir di Segamat kekal dengan jumlah mangsa sejumlah 30...

Isteri Duta M’sia Ke...

ISTERI Duta Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud antara enam yang terkorban apabila helikopter...

Perlu Ada Dasar Keselamatan Makan Di Jalan Awam

KUALA LUMPUR – Agensi berkaitan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memperkenalkan dasar mengawal keselamatan orang ramai ketika makan di jalan-jalan awam.

Anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya Tan Sri Lee Lam Thye berkata mereka perlu melihat tragedi baru-baru ini yang mana seorang wanita maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) merempuh pelanggan ketika menjamu selera di sebuah restoran di Taman Equine dengan serius, kerana kejadian itu menimbulkan isu keselamatan apabila meletakkan meja di tepi jalan untuk pelanggan.

“Ini terbukti berbahaya dan boleh mengundang bencana. Kejadian sama pernah berlaku pada Jun 2003 di Seksyen 14, Petaling Jaya apabila sebuah kereta merempuh pelanggan yang duduk di luar restoran mamak 24 jam.

“Dilaporkan bahawa pihak berkuasa tempatan pada masa itu mengisytiharkan bahawa semua kedai makan dan restoran termasuk gerai mamak perlu berhenti meletakkan meja, kerusi atau bangku di luar premis mereka.

“Namun, disebabkan penguatkuasaan yang lemah, masih banyak kedai makan yang meletakkan kerusi dan meja di luar premis mereka termasuk di laluan pejalan kaki rumah kedai yang menyusahkan orang ramai terutamanya mereka yang kurang upaya. Ia kelihatan seperti arahan sedemikian tidak pernah dikeluarkan dan dikuatkuasakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata memandangkan ia bukan tragedi pertama, pihak berkuasa perlu melihat kepada keselamatan orang awam dan pada masa sama mengambil tindakan tegas terhadap pemanduan yang menyebabkan kematian.


“Pengguna jalan raya perlu sentiasa berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan orang lain. Nyawa orang yang tidak bersalah melayang begitu sahaja dan ini boleh dicegah sekiranya keselamatan menjadi aspek penting dalam minda setiap orang,” katanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 8.15 malam Ahad lepas, seorang wanita berusia 57 tahun maut manakala empat lagi cedera apabila kenderaan 4WD merempuh pelanggan yang duduk di tempat terbuka sebuah restoran di Taman Equine. – BERNAMA

Kategori