Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kaka Kecewa Dgn Tasha,...

Ramai peminat sudah dapat menghidu kedinginan hubungan dua selebriti iaitu pelakon sensasi Tasha...

PRN Johor: UMNO Tidak...

JOHOR BAHRU: UMNO tidak menawarkan sebarang habuan kepada dua bekas Ahli Dewan Undangan...

15 Tapak Pembinaan Tak...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengarahkan 15 tapak pembinaan...

4 Sekeluarga Selamat, Kenderaan...

KUCHING - Berpantang ajal sebelum maut. Itu dialami empat sekeluarga apabila kenderaan pacuan...

PBS Sah Bertanding PRK Parlimen Sandakan

KOTA KINABALU – Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini mengesahkan penyertaannya dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sandakan bulan depan.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat biro politik parti berkenaan di sini baru-baru ini.

Beliau yang menggambarkan langkah itu sebagai ‘menyahut sokongan dan tuntutan akar umbi’ berkata, PBS sedang menyaring ‘senarai panjang’ calonnya untuk dianggap sebagai calon paling ‘boleh menang’ untuk bertanding nanti.

“Parti masih menyaring senarai nama dan berharap untuk membuat pengumuman mengenai calon sebelum hari penamaan nanti. Kami ada senarai calon yang banyak, dan nama-nama calon masih dihantar oleh anggota parti peringkat akar umbi di Sandakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata senarai itu termasuk pemimpin-pemimpin dari dalam parti, dan juga dari luar.

Kategori