Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Islam Ajar Umatnya Bersatu-Hati,...

TUMPAT (Kelantan) - Islam mengajar umatnya supaya bersatu hati dan tidak berpecah belah...

Bacaan IPU Seakan Memberi...

SEBELUM artikel ini ditulis, kami ada memaparkan nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini...

Gempa Bumi Sederhana Di...

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.5 pada skala Richter...

Pendakwaan Tarik Balik Rayuan...

PUTRAJAYA - Pihak pendakwaan telah menarik balik rayuan agar dikenakan hukuman lebih berat...

PBB Lancar Kempen Bantuan AS$6.5 Juta Untuk Filipina

NEW YORK : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijadual melancarkan kempen, hari ini, untuk mengutip dana AS$6.5 juta bagi membantu mangsa Taufan Rai yang membadai Filipina pada minggu lalu.

Koordinator Residen PBB di Filipina, Gustavo Gonzalez, berkata kempen terbabit akan dilancarkan pada peringkat tempatan bersama wakil komuniti antarabangsa di Manila.

“Ia menggariskan keperluan kemanusiaan dan perancangan utama. Permintaan kewangan ialah sebanyak AS$6.5 juta,” katanya pada sidang media maya, semalam.

Kutipan dana itu disasarkan bagi membantu 530,000 mangsa di kawasan paling terkesan dengan taufan itu, yang dalam keperluan amat mendesak kepada akses air minuman, logistik kesihatan dan kemudahan sanitasi.


“Terdapat momentum untuk sokongan penuh. Cabaran kini ialah menterjemahkan segala pengumuman dan solidariti ini kepada tindakan kukuh dengan pantas,” katanya.

Taufan Rai yang sangat kuat memusnahkan banyak kawasan di Filipina dan dengan sekurang-kurang 375 mangsa dilaporkan maut, terutama di bahagian selatan dan tengah negara itu.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori