Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Treler Tanpa Pemandu Rempuh...

NILAI - Sebuah treler tanpa pemandu merempuh 19 kenderaan yang diletakkan di parkir...

Malaysia Didakwa Godam Portal...

KUALA LUMPUR – Sebuah portal berita alam sekitar di Amerika Syarikat (AS) hari...

Anwar Sedia Kembali Berkhidmat...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sudah...

Sultan Johor Dakwa Ditawar...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor hari ini menyatakan kesediaan mendedahkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan...

PBB Jual ‘Jagung Donald Trump’ Depan Pusat Undi

SEORANG penjual jagung boleh diibaratkan seperti sambil menyelam, minum air apabila mengambil kesempatan menjual barang perniagaannya di hadapan pusat mengundi di Dewan Serbaguna Kampung Lintang, Kuching, Sarawak hari ini.

Penjual jagung yang dikenali sebagai PBB iaitu Putin Bin Busrah, 55, menamakan jagung yang dijual sebagai ‘Jagung Donald Trump’ kerana minat mendalamnya terhadap Presiden Amerika Syarikat itu.

Dia memulakan jualan sebaik sahaja menyelesaikan tanggungjawabnya membuang undi di kawasan tersebut.

“Saya sudah tunai tanggungjawab sebagai rakyat biasa. Sekarang saya sambung berjual dengan jagung ikon AS untuk rezeki keluarga,” katanya pada Astro Awani.

Tambahnya lagi, dengan harga RM5 untuk lima biji jagung yang dibawanya telah dijual kepada orang ramai yang datang ke pusat mengundi berkenaan.


Ternyata, jualannya tidak sia-sia apabila perniagaanya sangat laris dengan sebanyak 2,000 biji telah habis dijual dan PBB mengakui mendapat keuntungan yang agak lumayan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video sekadar hiasan…

Kategori