Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aziz Kaprawi: Pertukaran...

TIMBALAN Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata arahan pertukaran Timbalan Ketua Pengarah...

Doktor Ini Layan Pesakit...

JIKA anda masih ingat siri televisyen popular bertajuk 'House' yang disiarkan Astro, ia pasti...

Warga Indonesia, Pelajar, Maut...

MELAKA - Seorang lelaki dipercayai warga Indonesia dan seorang lagi pelajar lelaki tingkatan...

Sambutan Aidilfitri Paling Bermakna...

PELAKON Shaheizy Sam menyifatkan sambutan Aidilfitri kali ini memberikan pengalaman cukup berbeza apabila...

PBAKL 2020 Ditangguhkan

SHAH ALAM – Penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020 yang dijadualkan berlangsung selama 10 hari bermula 27 Mac 2020 ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Induk PBAKL 2020, Mohd Khair Ngadiron berkata, keputusan itu dicapai selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk PBAKL 2020 hari ini.

“Mesyuarat itu memutuskan PBAKL 2020 yang sepatutnya diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur pada tarikh tersebut ditangguhkan.

“Bagaimanapun, PBAKL 2020 dalam talian akan dilancarkan dan berlangsung pada tarikh yang sama iaitu 27 Mac sehingga 5 April 2020,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasmi PBAKL hari ini.

Selain itu, kenyataan tersebut tidak memaklumkan sebab penangguhannya tetapi kemungkinan faktor gelombang kedua koronavirus (Covid-19) yang melanda negara.


Rabu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, negara kini sudah memasuki gelombang kedua Covid-19 bermula 27 Februari lalu selepas 11 hari tidak mempunyai kes baharu.

Menurutnya, gelombang pertama jangkitan Covid-19 di negara ini membabitkan 22 kes, manakala gelombang kedua setakat ini meningkat kepada 55 kes dengan sebahagian besarnya akibat satu kluster yang dikenal pasti.

Susulan itu katanya, sekatan sementara pelawat dari tiga negara iaitu Jepun (Hokkaido), Itali (Lombardy, Veneto dan Emilia-Romagna) serta Iran (Tehran, Qom dan Gilan) dilaksanakan berkuat kuasa serta-merta semalam. – Sinar Harian

Kategori