Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

4 Juta Isi Rumah...

KERAJAAN bersetuju memberi bantuan sebanyak RM1,600 secara ‘one-off’ kepada empat juta isi rumah...

Menteri Pergi Sekolah Kerana...

PETALING JAYA - Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin berkata, beliau “kagum” dengan...

Gagal Seludup Trak Pikap...

JELI - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup sebuah trak pikap ke...

Gelagat ‘Ah Long’ Serang...

REALITI... Simbah cat berwarna merah dan menggunakan kekerasan bagi mendapatkan semula wang yang dipinjam...

Pawagam Haramkan Topeng Muka Sempena Tayangan ‘Joker’

DENVER – Rangkaian pawagam Landmark Theaters di Amerika Syarikat (AS) akan mengharamkan pemakaian kostum dan topeng wajah dalam kalangan penonton filem semasa tayangan filem “Joker“.

Reuters melaporkan keputusan yang dibuat pada Khamis itu dipercayai ekoran kebimbangan pihak keluarga mangsa yang terlibat dalam kes tembakan rambang pada tahun 2012 sewaktu tayangan filem Batman, “The Dark Knight Rises” di Colorado.

Rangkaian panggung wayang berpangkalan di Los Angeles itu yang mempunyai 52 buah cawangan berkata pihaknya mahu penonton menikmati filem itu dengan ‘menghargai pencapaian sinematik’.

“Namun mereka tidak dibenarkan memakai topeng, calitan cat pada wajah atau memakai kostum sewaktu memasuki panggung wayang kami,” ujar satu kenyataan.

Filem “Joker” akan memulakan tayangan pada 4 Oktober nanti.

Langkah pengharaman Landmark itu mengikuti langkah rangkaian panggung wayang terbesar AS, AMC Theatres yang telahpun mengenakan larangan pemakaian topeng dalam pawagam sejak insiden pembunuhan Colorado yang mengorbankan 12 mangsa dan mencederakan ramai lagi.

AMC yang mempunyai lebih 650 pawagam mengingatkan pelanggannya minggu ini bahawa meskipun pemakaian kostum dibenarkan, topeng muka adalah dilarang sama sekali.

“Pelanggan kami dialu-alukan untuk memakai kostum, namun kami tidak membenarkan sebarang topeng, cat wajah atau sebarang objek yang menutup muka,” kata AMC dalam satu kenyataan.


Landmark bagaimanapun tidak memberi alasan atas pengharaman tersebut.

Pada tahun 2012 di Aurora, Colorado, penonton yang sedang menikmati tayangan filem Batman dikejutkan dengan insiden tembakan rambang di panggung Century 16 Theater, yang dimiliki syarikat Cinemark USA Inc.

Sejumlah 12 orang terbunuh manakala 70 yang lain cedera.

Penyerang James Holmes kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah bagi kesalahan membunuh meskipun telah merayu dengan alasan dirinya mengalami masalah mental.

Filem “Joker” terbaharu memberi tumpuan kepada watak Joker iaitu musuh ketat Batman dalam banyak adaptasi filem, televisyen dan komik, yang menjurus kepada perlakuan ganas. – Agensi

Kategori