Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hubungan Malaysia Dan China...

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia dan China komited untuk terus mengukuhkan hubungan kedua-dua...

Tun M Dakwa Kerajaan...

KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa keadaan politik Malaysia berubah menjadi...

Apakah Malaysia Ada ‘2...

MUNGKIN ramai tidak menyedari sesuatu yang mengelirukan dan tidak sepatutnya berlaku telah terjadi...

Russia, Ukraine Tukar Lebih...

KYIV: Russia dan Ukraine melakukan pertukaran tahanan secara besar-besaran dengan 106 tawanan perang...

Pavithra Serah Surat Tarik Balik Dakwaan Dipukul Suami

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa pihak pendakwaan telah menerima surat rasmi daripada YouTuber masakan, S.Pavithra untuk menarik balik pertuduhan terhadap suaminya, M. Sugu.

Timbalan Pendakwa Raya, Naidatul Athirah Azman berkata pihaknya telah menerima surat tersebut Jumaat lalu namun belum ada sebarang keputusan daripada Pengarah Pendakwaan Negeri sama ada untuk meneruskan prosiding atau sebaliknya.

Sugu, 29, seorang bekas pekerja ladang, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian bibir, pipi sebelah kiri dan lengan kanan isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, antara jam 4 hingga 6 petang, 21 Julai lalu.

Selain itu, Sugu turut didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter kira-kira jam 6 petang pada tempat dan tarikh sama.


Pada prosiding hari ini, Sugu diwakili peguam Jude Pereira dan Syahrul Nizam Mohd Rabi.

Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir kemudiannya membenarkan tarikh sebutan semula kedua-dua kes pada 17 September ini. – BERNAMA

Kategori