Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tun M Tetap Berpegang...

SHAH ALAM – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan beliau...

Sektor Awam Di Landasan...

PUTRAJAYA - Perkhidmatan awam berada pada landasan betul untuk mencapai status bebas rasuah...

Wanita Tersalah Hantar Gambar...

IA merupakan mimpi ngeri terburuk bagi seorang wanita yang secara tidak sengaja telah...

Gantung Tugas Pemandu Cuai...

KUANTAN - Rapid Kuantan menggantung tugas seorang pemandu bas syarikat itu untuk bantu...

PAU 2019 Lebih Sederhana, Tidak Ekstrem

SHAH ALAM – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 tahun ini lebih sederhana, tidak ekstrem dan lebih inklusif selepas parti itu menjadi pembangkang.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Sivamurugan Pandian berkata, persidangan kali ini lebih memberi fokus untuk menyelesaikan isu dalaman dan perpaduan parti.

“PAU tahun ini sederhana kerana UMNO bukan lagi kerajaan pemerintah dan wujud kekangan dana apabila ia tidak melibatkan pemilihan, namun kekal inklusif dengan kehadiran perwakilan serta delegasi.

“Perhimpunan ini juga membawa naratif yang jelas ke atas Muafakat Nasional kerana kali pertama selepas ia dimeterai, sekali gus memberi keyakinan kepada ahli BN (Barisan Nasional) bahawa kolaboratif Muafakat Nasional adalah penting untuk BN dan pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sivamurugan berkata, meskipun tidak ‘sehangat’ ketika menjadi kerajaan, PAU 2019 tetap berlangsung dengan tertib.

“Ia berbeza pada tahun lalu selepas UMNO tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Kini momentum dan rentak perlahan-lahan dilihat sedang berpihak kepada UMNO dengan siri kemenangan di beberapa PRK (Pilihan Raya Kecil).

“Formula Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kali ini lebih ke arah membina kekuatan dalaman yang berterusan dan tidak leka dengan perubahan gelagat pengundi, selain tidak hanya bergantung kepada Muafakat Nasional.

“Pindaan Perlembagaan yang dilakukan juga jelas menunjukkan UMNO mahu kekal dengan perubahan semasa yang berlaku. Ada strategi yang secara terbuka boleh diperkenalkan dan perlu ada strategi tertutup untuk memastikan parti itu menjadi pembangkang yang memainkan peranan semak dan imbang kepada parti pemerintah,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik daripada Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr. Ahmad Martadha Mohamed pula berpendapat, pindaan terhadap 13 perkara yang terkandung dalam Perlembagaan parti menunjukkan UMNO serius ingin melakukan perubahan.

“Kali ini mereka meletakkan agama dalam perjuangan parti berbanding bangsa sebelum ini.


“Perubahan itu mungkin dilakukan berdasarkan senario politik hari ini dengan kaum Melayu dan Islam mahukan kedudukan mereka diberi perhatian yang serius.

“Mungkin ia juga disebabkan Muafakat Nasional yang dimeterai bersama PAS kerana PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan agama berbanding bangsa,” katanya.

Beliau berkata, pada tahun ini perwakilan juga lebih cenderung menumpukan kepada hala tuju Muafakat Nasional berbanding soal integriti dan kepimpinan baharu seperti PAU sebelum ini.

“Agak pelik kerana sebelum ini perwakilan lantang menyuarakan soal integriti pemimpin yang terpalit dengan skandal rasuah, namun tahun ini perwakilan seolah-olah telah diberi garis panduan untuk membahaskan sesuatu isu,” katanya.

Penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi pula menyifatkan PAU 2019 berbeza berbanding tradisinya sebelum ini.

“Mungkin ini kesedaran daripada parti gergasi yang besar kepada parti lebih kecil. Daripada imej sombong, lupa diri, berebut kuasa, politik wang dan kurang peduli rakyat bawahan, kini mereka mula menunjukkan keinsafan.

“Apabila agenda etnik sering dikritik sebagai agenda perkauman dan sempit, UMNO mengubah pindaan terhadap 13 perkara yang terkandung dalam Perlembagaan parti apabila klausa agama (Islam) diletakkan di hadapan dan diubah daripada bangsa, agama dan negara kepada agama, bangsa dan negara,” katanya. – Sinar Harian

Kategori