Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Tunggal Peserta Terbaik...

KUALA BERANG - Berkat usaha yang tidak jemu menambah pengetahuan terhadap perusahaan madu...

Benarkah Gulai Rendang Melayu...

ADA dua kekeliruan yang hamba-hamba Allah SWT yang istimewa ni bangkitkan:1. Ayam atau lembu...

Usah Polemikkan Hukuman Sebat...

TUMPAT - Usah wujudkan polemik yang tidak munasabah dan tidak masuk akal berhubung...

Kerja Didik Masyarakat Benci...

BAGAN SERAI - Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar) berobjektif membudayakan dan mendidik masyarakat...

“Patut Tak Perlu Dicalon, Respect First Wife” – Netizen

NAMPAKNYA ‘perang dingin’ Anugerah MeleTOP ERA 2018 (AME 2018) masih belum reda lagi buat masa ini!

Semakin ramai nampaknya yang menjadi ‘hakim’ dan tidak kurang juga yang bertindak sebagai ‘nasi tambah’ sehingga membuatkan keadaan sedia ada semakin keruh.

Apa tidaknya baru sahaja reda mengenai isu ketidakpuasan hati netizen kerana pasangan, Fattah dan Fazura yang tidak dicalonkan dalam kategori couple meletop.

Top 20 Couple MeleTOP! #AME2018

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Kali ini, timbul pula lagi satu isu baharu membabitkan rancangan siaran secara langsung terbitan Astro itu.

Seperti sedia tahu, pelakon, Izreen Azminda dan suaminya, Muhammad Radzi atau lebih dikenali sebagai Ude adalah antara nama yang tercalon dalam kategori tersebut.

Perkara tersebut nampaknya mula membuatkan segelintir netizen tidak senang duduk dengan pencalonan itu.


Rata-rata beranggapan pihak Astro seolah-olah tiada common sense serta tidak menghiraukan perasaan isteri pertama Ude.

Bagaimanapun, hal itu hanya pandangan peribadi netizen dan mungkin pihak Astro mempunyai alasan tersendiri mengapa nama Izreen dan Ude dicalonkan dalam kategori itu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori