Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemilik Pasar Raya Dibunuh...

IPOH — Seorang pemilik pasar raya ditemukan mati dipercayai dibunuh oleh sekumpulan penyamun...

Nur Fazura Tegur Sikap...

BAGI mereka yang mengikuti program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), pasti anda tahu...

4 Anggota Sindiket Along...

KEPALA BATAS - Empat lelaki disyaki anggota sindiket along ditahan beberapa jam selepas...

Pemuzik Legenda Blues ‘BB...

LOS ANGELES - Penyanyi dan pemain gitar, Riley B King atau lebih popular...

Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Jika Nak Raya

JIKA orang ramai mahu menjalani kehidupan seharian seperti biasa dan menyambut puasa serta Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar ia tidak dilanjutkan lagi untuk fasa ketiga, keempat dan seterusnya.

Pematuhan terhadap PKP ini penting dalam memutuskan rantaian Covid-19 dan bukan dibuat kerajaan untuk menyusahkan pengerakan.

“Ramai yang bertanya adakah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang kedua ini akan diteruskan menjadi PKP ketiga dan keempat.

“Adakah bulan puasa nanti PKP akan terus dilaksanakan? Bolehkah kita berhari raya dan menjalani kehidupan seperti biasa. Jawapannya hanya tuan puan yang boleh memastikan tiada PKP ketiga, keempat, kita boleh berhari raya seperti biasa (atau tidak), semua bergantung kepada tuan dan puan sendiri.”

Demikian jawapan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulas lanjut adakah PKP akan diteruskan kepada fasa ketiga dan keempat.

Menurutnya, penentu PKP ini terletak sepenuhnya terhadap kepatuhan rakyat, jika patuh maka kita akan lihat rangkaian wabak ini akan putus.

“Jika kita terus mematuhi setiap arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan, saya percaya ketakutan kita untuk sambungan PKP akan dapat diselesaikan,” katanya.


Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKP fasa kedua yang bermula hari ini hingga 14 April depan akan dilaksanakan lebih ketat dengan beberapa prosedur operasi standard (SOP) baharu diperkenalkan.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memainkan peranan dan bertindak lebih tegas supaya pematuhan kepada PKP fasa kedua dipatuhi seluruh rakyat.

“Semalam (kelmarin), seramai 742 individu ditahan dalam sekatan jalan raya dan rondaan oleh polis dan tentera kerana melanggar PKP, bagaimanapun kita melihat angka ini sedikit menurun berbanding kelmarin (Ahad lalu) 828 tangkapan.

“PDRM bersama ATM mengadakan 1,547 sekatan jalan raya dan melakukan pemeriksaan ke atas 383,488 kenderaan manakala sebanyak 22,586 pemeriksaan mengejut.

“Sebanyak 165 individu dituduh, enam daripada mereka dijatuhi hukuman denda atau penjara manakala di Sarawak, hukuman penjara yang dikenakan adalah sebanyak satu hingga empat bulan,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, semalam. – myMetro Online

Kategori