Pasukan HM4P Dinasihat Pulang – TPM

PETALING JAYA – Pasukan Misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang kini berada di Kaherah, Mesir dinasihatkan pulang  ke Malaysia berikutan keadaan di Gaza yang masih tidak menentu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan berkenaan boleh ke sana semula sekiranya keadaan kembali stabil.

“Insya-Allah jika keadaan stabil mereka boleh ke Gaza semula. Kepada rakyat Malaysia yang dikasihi, setiap orang ada pengorbanannya, di dalam pengorbanan juga pasti ada ujiannya.

“Tetapi Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, dia mengetahui setiap pengorbanan seorang insan,”katanya.

Ismail berkata demikian menerusi panggilan video bersama pasukan berkenaan  yang diketuai Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia (BKUM) yang juga Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim semalam.

HM4P melaksanakan misi ke Gaza bagi  menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada warga Palestin  yang diserang tentera Israel pada Mei lepas. – Utusan Online