Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Siasat Dakwaan 10...

KUALA LUMPUR - Polis masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan 10 nelayan yang dipercayai...

Doa Memohon Agar Allah...

SESEORANG yang bijakasana akan selalu menginginkan kehidupan yang lebih baik. Kesalahan dan masalah di hari ini dijadikan loncatan untuk jauh lebih baik lagi.

Amy (Search) Gembira Perubahan...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Amy (Search) menjelaskan hubungan dia dengan anaknya, pelakon Nabila...

“Bukan Saja Hero Negara,...

SEPANJANG perlawanan bola sepak Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 ini, nama N. Thanabalan...

Pasukan Azmin Menang Di Pasir Puteh?

PASIR PUTEH – Pasukan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikatakan mencatatkan kemenangan di cabang ini selepas masa pengundian ditutup.

Mohamad Azmin yang mempertahankan jawatannya dicabar oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Pasukan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu turut dianggotai Zuraida Kamarudin; Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulananda; Chua Tuan Chang dan Shamsul Iskandar@Yusri Mohd. Akin yang menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden.

Bagaimanapun keputusan rasmi pemilihan cabang itu hanya akan diketahui malam ini.

Sementara itu, ketika proses pengundian cabang tersebut di di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil, hari ini, sebahagian daripada lebih 3,000 ahli cabang itu telah pulang kerana tidak dapat mengundi pada sebelah pagi.

Keadaan di sekitar kompleks sekolah itu kelihatan sesak dan terpaksa mengunakan khidmat anggota Rela bagi melicinkan laluan utama lokasi pengundian di dewan berkenaan.


Seorang pengundi, Mohd Nor Mohammad, 50, ketika ditemui berkata, urusetia sepatutnya menyediakan lebih daripada satu pintu ke dewan pengundian bagi mengelak kesesakan di lokasi tumpuan.

“Ramai yang sudah balik sebab tak sanggup nak berasak-asak di pintu masuk dan perkara ini perlu diambil kira dalam mengurus proses mengundi yang melibatkan jumlah perwakilan yang ramai,” katanya.

Tinjauan Utusan Online di lokasi mendapati proses pengundian berjalan dengan lancar biarpun keadaan sesak.

Penyandang jawatan Ketua PKR Cabang Pasir Puteh yang disandang Ismail Mohamad dicabar Nik Mohd. Noor Azwan dan Mat Tarmizi Mohd Yusof pada pemilihan kali ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori