Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anifah Bertemu Rakan Sejawat...

PUTRAJAYA - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini mengadakan mesyuarat dua...

Kampung Baru: RM1,000 Sekaki...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengemukakan tawaran terakhir kepada pemilik tanah di Kampung Baru...

KPT Kaji Tambah Baik...

BANGI - Kementerian Pendidikan Tinggi sedang menjalankan kajian dan tinjauan untuk menambah baik...

Ikan Paus Besar Dibunuh...

REYKJAVIK, Iceland – Sebilangan ikan paus dilapah di pantai Iceland selepas tempoh larangan...

Pasport Tengku Adnan Dikembalikan Sementara

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan beliau membuat pemeriksaan kesihatan dan menjalani rawatan susulan di Melbourne, Australia hujung tahun ini.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan Tengku Adnan, 68, selepas mendengar hujahan daripada peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan dan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim.

Mahkamah memerintahkan supaya pasport itu diberikan kepada Tengku Adnan pada 23 Disember dan diserahkan semula kepada mahkamah pada atau sebelum 2 Januari 2020.

Hakim Mohamed Zaini berkata, mahkamah mengambil kira faktor sebelum ini Tengku Adnan telah membuat dua permohonan sama dan beliau telah kembali ke negara ini.

“Mahkamah juga mempertimbangkan kes bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman di Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan pasport dikembalikan sementara untuk tujuan mendapatkan rawatan perubatan di luar negara.

“Atas alasan ini, mahkamah membenarkan perintah seperti yang dimohon,” kata hakim itu.

Terdahulu, Tan memberitahu mahkamah tujuan utama permohonan itu dibuat adalah kerana Tengku Adnan perlu mendapatkan rawatan lanjut bagi penyakit darah tinggi dan masalah tulang belakang yang dihadapi anak guamnya bermula 23 hingga 31 Disember depan di sebuah hospital pakar di Melbourne.

Beliau turut berhujah anak guamnya perlu berehat selama sehari sejurus tiba di Melbourne sebelum memulakan pemeriksaan kesihatan dan menjalani rawatan yang memakan masa beberapa hari selain terdapat kemungkinan untuk beliau ditahan di wad.

Bagaimanapun Julia membantah permohonan itu atas alasan rawatan yang diberikan untuk pemohon hanyalah untuk merawat simptom penyakit yang dihadapinya.


“Saya juga telah menghantar e-mel kepada doktor yang berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut namun beliau tidak dapat memberikan tarikh yang spesifik antara 23 dan 31 Disember depan. Selain itu faktor musim percutian bagi perayaan Krismas juga telah bermula.

“Permohonan ini lebih kukuh sekiranya terdapat butiran sokongan yang lengkap berkenaan tarikh rawatan ini,” katanya.

Perbicaraan di peringkat pendakwaan kes Tengku Adnan telah selesai dan pada 14 Oktober lalu dan mahkamah memerintahkan Tengku Adnan membela diri atas dakwaan menerima suapan RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan tiga tahun lepas.

Mahkamah menetapkan 17, 20, dan 21 Januari untuk prosiding bela diri.

Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn. Bhd. (AKSB), Tan Sri Chai Kin Kong, 60, melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn. Bhd. (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016.

Tuduhan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kategori