Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kenaikan Tol Diputuskan Pada...

KUALA LUMPUR - Sebarang perkara berkaitan cadangan kenaikan tol akan diputuskan pada minggu-minggu...

Kes Culik ‘Datuk’ Dibicarakan...

KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 21 hingga 25 Mei...

Pertarungan BN, PN: Pecah...

Pertembungan rakan sekutu yang membentuk kerajaan pusat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...

Tahun Baharu Cina Disambut...

KUALA LUMPUR - Tahun Baharu Cina disambut hari ini bukan hanya oleh masyarakat...

Pasport Malaysia Ke-6 Paling ‘Berkuasa’ Di Dunia

HEBAT… Pasport Malaysia Antarabangsa kini berada pada kedudukan keenam ‘paling berkuasa’ di dunia, menurut laporan terbaharu Passport Index 2018 yang dibangunkan oleh firma Arton Capital.

Passport Index merupakan rujukan mengenai senarai semua pasport yang diberikan ranking berdasarkan jumlah negara yang boleh dikunjungi dan rakyat sesebuah negara tanpa memerlukan kebenaran visa oleh negara dilawatinya itu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dalam satu kenyataan berkata pengiktirafan itu adalah sesuatu yang dijangka kerana memenuhi garis panduan ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Baca: Pasport Malaysia Versi Baharu Tercantik Di Dunia

“Melihat kepada sejarah, Pasport Malaysia Antarabangsa merupakan pasport pertama di dunia dilengkapi dengan ciri keselamatan biometrik menggunakan cip,” katanya. Ketika ini dokumen itu boleh digunakan di 157 negara tanpa visa.


Menurutnya, ciri pasport negara ini terus ditambah baik dengan ciri keselamatan tambahan bagi menepati piawaian Dokumen 9303 ICAO pada 2013 dan lokasi cip dimasukkan ke dalam halaman muka surat biodata sejak tahun 2016.

“Ciri-ciri keselamatan terkini akan terus ditingkat daripada dipalsukan demi menambah kebolehpercayaan rakyat dan pihak berkuasa asing bagi mengukuhkan penggunaannya di luar negara,” kata Mustafar. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori