Pasport Malaysia Bukan Lagi ‘Top 10’ Berkuasa Di Dunia

MEROSOT… Tidak sampai setahun Pakatan Harapan (PH) berkuasa, nilai ‘kuasa’ pasport Malaysia terus jatuh lebih teruk apabila kini hanya duduki tempat ke-12 dalam Indeks Pasport Henley 2019.

Dalam indeks terbaharu senarai dokumen perjalanan yang berkuasa di dunia diterbitkan oleh firma Henley & Partners, pemegang pasport Malaysia cuma boleh melakukan perjalanan ke 179 buah negara tanpa perlu visa.

Bagaimanapun, pada awal Oktober tahun lalu, nilai pasport Malaysia berada di tangga ke-10 yang bersama-sama Hungary dan Slovenia dengan menawarkan akses bebas masuk tanpa visa kepada 180 buah negara.

Dalam laporan itu, Jepun sekali lagi kekal teratas dengan pasport negara itu diiktiraf sebagai dokumen perjalanan paling berkuasa di dunia bagi tahun ini, diiikuti Singapura dan Korea Selatan dengan akses 189 buah negara.

Indeks Pasport Henley merupakan ranking semua pasport di dunia dinilai berdasarkan jumlah negara boleh dikunjungi tanpa perlu visa. Ia dikemas kini pada masa nyata, setiap kali perubahan pada dasar visa dilaksanakan.

Baca: Dulu Ganti Pasport Hilang ‘Free’, Kini Denda RM1,200

Difahamkan, kemerosotan nilai pasport Malaysia itu berpunca ekoran perubahan drastik kerajaan dan menyaksikan banyak negara tidak yakin lagi dasar luar di bawah PH berbanding pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Pertukaran politik domestik itu menyebabkan ada beberapa buah negara tertentu mula mengenakan visa terhadap pelawat dari Malaysia kerana berasa ragu dengan polisi antarabangsa pihak kerajaan PH agak kacau cacamarba.

Untuk rekod, ranking ini juga ditetapkan berdasarkan data terkini diterbitkan oleh pihak Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan hasil penyelidikan bebas yang dijalankan agensi Henley and Partners sendiri.

Terbaharu, kerajaan PH dalam senyap mula bertindak mengenakan denda sehingga RM1,200 terhadap pemegang pasport yang hilang dokumen itu waima kes akibat jenayah kecurian atau bencana alam konon untuk didik rakyat.

Walhal hukuman sedemikian tidak pernah dilaksanakan kerajaan BN selama 60 tahun berkuasa, malahan jumlah denda itu lebih tinggi daripada kadar dikenakan bagi kes kehilangan kad pengenalan atau Mykad. – Mynewshub.TV

Loading...