Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Risiko Rahim Pecah Ketika...

KUALA LUMPUR - Kejadian rahim pecah merupakan risiko kepada ibu hamil yang memilih...

Muslimat PAS Desak PH...

KUANTAN - Perwakilan Muslimat PAS mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya menghapuskan sistem...

Kerajaan Tumpu Lokaliti, Kluster...

PUTRAJAYA - Pendekatan kerajaan bagi menangani penularan koronavirus (Covid-19) menerusi Perintah Kawalan Pergerakan...

Farid Kamil Terkilan Dengan...

JIKA sebelum ini Farid Kamil berdiam diri daripada memberikan sebarang komen mengenai gambar-gambar...

Pasca Serangan 11 September, Amankah Dunia?

ANALISIS GLOBAL – Serangan 11 September 2001 terhadap Amerika Syarikat memasuki ulang tahunnya yang ke-16. Sejak tarikh itu geopolitik dunia berubah dalam apa yang dikatakan peperangan memerangi keganasan. Namun kisah tentang terorisme masih belum tamat sehingga kini.

Fakta dan realitinya mangsa yang menjadi korban pasca 11 September 2001mengatasi jumlah mangsa dan korban dalam serangan terhadap World Trade Center (WTC) dan Pentagon.

Dua negara Asia Barat iaitu Iraq dan Afghanistan musnah menjadi padang jarak terkukur dan penuh dengan konflik sehingga kini dengan angka korban terus meningkat dan menjadi pelarian di serata dunia.

Ekonomi dan sosial negara itu musnah dan belum menampakkan tanda pemulihan sehingga kini. Malahan kini negara itu memasuki kancah konflik peperangan baru yang tidak tahu bila kesudahannya.

Di Afghanistan sahaja angka korban perang sejak 2001 adalah melebihi 26,270 mangsa. Statistik terkini dikeluarkan untuk enam bulan pertama 2017 menunjukkan seramai 1,662 terbunuh dan 3,500 cedera dalam siri konflik bersenjata di negara Afghanistan.

Selama 16 tahun juga Tentera Amerika Syarikat menjarah bumi Afghanistan atas nama perang memerangi keganasan. Namun sehingga kini masih belum menampakkan kejayaan sebenarnya apabila Presiden AS Donald Trump menambah jumlah tenteranya ke negara itu.

Menurut pengkaji di Universiti Harvard jumlah kos ditanggung Amerika Syarikat dalam operasi ketenteraan “operation enduring freedom” di Afghanistan sahaja melehihi USD 6 trilion.

Manakala di Iraq satu kajian yang diterbitkan pada 2011, menganggarkan kira-kira 500,000 rakyat Iraq menjadi korban akibat konflik sejak pencerobohan tentera Amerika Syarikat dan sekutunya.

Jumlah kematian yang dilaporkan di akhbar-akhbar yang disusun oleh projek-projek seperti Iraq Body Count mendapati 174,000 penduduk Iraq dilaporkan terbunuh antara tahun 2003 dan 2013.


Jumlah itu dengan antara 112,000-123,000 orang yang terbunuh yang bukan anggota kontraktor awam. Dikemaskini anggaran dari Iraq Body Count Iraq yang dianggarkan 173,766 – 194,058 kematian awam dari 2003-2017.

Fakta dinyatakan menjadi bukti peperangan pencerobohan atas nama memerangi keganasan gagal membawa keamanan dunia malahan mangsa konflik terus meningkat.

11 September kini dikenali sebagai “Hari Patriot” di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai Hari Kebangsaan Perkhidmatan dan Peringatan para korban serangan 9/11.

Adalah wajar dunia juga perlu mengingati mangsa disebabkan perang dilancarkan Amerika Syarikat terhadap dua dunia negara Islam itu serta atas nama perang memerangi keganasan di serata dunia yang menyasarkan masyarakat awam.

Sebagai masyarakat dunia, keadilan dan keamanan perlu ditegakkan di mana jua. Kita perlu menolak dasar dan polisi apa jua bentuk keganasan yang dilakukan oleh sesiapa sahaja hatta negara kuasa besar dunia.

Kita tidak mahu 11 September hanya diingati serangan terhadap Amerika Syarikat seperti dipropagandakan media mereka. Kita mahu 11 September dunia mengingati keganasan tidak membawa keamanan dan kasih sayang. Ia hanya menyemarak dendam dan konflik berpanjangan. – SelangorKini

Kategori