Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Guru Wanita Sangap Guna...

KEJI dan menjijikkan! Itu gambaran paling sesuai untuk perilaku seorang guru wanita di...

RM380,000 Baiki Sekolah Akibat...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak RM380,000 peruntukan diperlukan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bagi...

Usul Undi Tak Percaya...

MARANG - PAS menyelar tindakan Pakatan Harapan (PH) yang tetap berkeras untuk membawa usul...

Kesiannya, Pergi Stadium Hanya...

WALAUPUN semalam pasukan kebangsaan tidak berjaya mengulangi kejayaan menjulang Piala Suzuki AFF seperti...

Pasaran Saham Malaysia Paling Merosot Di Asia

KEMENANGAN PH pada Pilihan Raya Umum, Mei lalu meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada pasaran saham tempatan apabila Malaysia merupakan satu-satunya pasaran yang merosot di rantau Asia.

Menurut laporan Bloomberg, setakat ini, indeks FBM KLCI susut lebih satu peratus tahun ini manakala negara jiran Singapura, melonjak lima peratus dan Indonesia pula menokok tiga peratus.

Ini meninggalkan Malaysia sebagai satu-satunya pasaran yang mencatat penurunan di rantau ini.

Malah, trend tersebut dilihat tidak akan berubah memandangkan pelabur-pelabur menunggu inisiatif kerajaan Malaysia untuk mengurangkan bajet defisit, menangani rasuah dan meningkatkan kuasa beli.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sendiri menggalakkan pelabur untuk membeli aset-aset Malaysia sekarang, sebelum ia menjadi mahal apabila situasi fiskal kembali dalam momentum yang betul dalam tempoh tiga tahun.

Pentadbiran baharu PH juga cuba untuk membersihkan banyak perkara, menyemak dan membatalkan projek bernilai berbilion dolar AS serta pada masa sama menggantikan hampir sedozen ketua pegawai eksekutif di syarikat milik kerajaan.

Keadaan ini menyaksikan Malaysia mencatat pertumbuhan ekonomi sederhana pada 4.7 peratus tahun lalu dan kerajaan menyasarkan ia boleh berkembang 4.9 peratus tahun ini.

Bagaimanapun, penganalisis masih tidak dapat membuat jangkaan yang tepat, dengan mengunjurkan ekonomi Malaysia tumbuh 4.5 peratus pada 2019.

Beberapa keputusan kewangan yang lemah tidak membantu dengan syarikat-syarikat termasuk Axiata Bhd. dan Nestle Malaysia Bhd., melepasi unjuran. Malah, pendapatan Malaysia ketinggalan berbanding negara jiran apabila jatuh 3.15 peratus tahun lalu, berbanding Singapura meningkat 8.8 peratus dan Indonesia, 18 peratus.

Namun, Pakar Strategi Morgan Stanley Asia Tenggara, Sean Gardiner, pendapatan Malaysia dijangka melonjak satu hingga dua peratus tahun ini.


“Kita akan melihat pelabur yang sebelum ini skeptikal akan kembali kepada pasaran baharu muncul apabila mereka mula menghargai sifat Malaysia yang defensif,” katanya kepada Bloomberg.

Sementara itu, Pengurus Dana Samsung Asset Management Co. yang berpangkalan di Hong Kong, Alan Richardson menyifatkan adalah sukar untuk mencapai prospek pertumbuhan yang positif apabila terdapat pertelingkahan politik dan prospek lemah dalam pertumbuhan fiskal yang ketat.

“Wujud kekecewaan terutama dengan kekurangan faedah di bawah kerajaan baharu dan dibayangi politik berasaskan kaum,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Areca Capital Sdn. Bhd., Danny Wong pula berkata, tahun ini mungkin memperlihatkan penambahbaikan memandangkan dasar-dasar kerajaan yang semakin jelas dari segi penggunaan dan infrastruktur.

“Perbelanjaan pengguna akan menyaksikan peningkatan daripada RM37 bilion pulangan cukai dan kebangkitan semula projek-projek besar yang akan memberi kesan berganda kepada ekonomi,” katanya.

Setakat tengah hari, Bursa Malaysia mengukuh 4.38 mata kepada 1,675.66 mata dengan berlegar antara 1,676.31 mata hingga 1,669.92 mata. Pasaran tempatan pagi tadi memulakan dagangan rendah apabila susut 0.87 mata kepada 1,670.41 mata berbanding 1,671.28 mata ketika ditutup semalam. – Agensi

Kategori